Program Pascasiswazah | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» AKADEMIK » PASCASISWAZAH » Program Pascasiswazah

Program Pascasiswazah

IJAZAH MASTER PENDIDIKAN (M.Ed.)

Keperluan

Ijazah Master Pendidikan akan dianugerahkan kepada para graduan yang memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Memperoleh timbunan purata nilai gred (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00.

2. Berjaya menyelesaikan keseluruhan kursus (40 kredit, 51 kredit umtuk program Bimbingan dan Kaunseling) dalam lingkungan masa yang telah ditetapkan oleh Sekolah Pengajian Siswazah UPM.

 


Bidang pengajian yang ditawarkan di bawah Ijazah Master Pendidikan

1. Kurikulum dan Pengajaran

2. Pentadbiran Pendidikan (Mod Pembelajaran Fleksibel)

3. Psikologi Pendidikan

4. Teknologi dan Inovasi Pengajaran

5. Bimbingan dan Kaunseling

6. Pendidikan Jasmani

7. Sains Sukan

8. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua

9. Pendidikan Bahasa Melayu

10. Pendidikan Teknikal dan Vokasional

 

IJAZAH  MASTER PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (M.HRD.)

 

Keperluan

Ijazah Master Pembangunan Sumber Manusia akan dianugerahkan kepada para graduan yang memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Memperoleh timbunan purata nilai gred (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00.

2. Berjaya menyelesaikan keseluruhan kursus (40 kredit) seperti yang telah dinasihati oleh penasihat akademik pelajar di dalam lingkungan masa yang telah ditetapkan oleh Sekolah Pengajian Siswazah UPM.

 

 

IJAZAH MASTER SAINS (M.S.)

Keperluan Program

Ijazah Master Sains diberikan kepada pelajar-pelajar siswazah yang telah memenuhi keperluan berikut:

1. Mendaftar untuk dua (2) kursus (Kaedah Penyelidikan dan Statistik) seperti yang disyaratkan oleh fakulti.

2. Mendaftar SPS5999 (Master Research). Pada akhir program, pelajar perlu menyerahkan tesis berdasarkan kajian yang dijalankan. Tesis akan diperiksa dan satu sesi viva voce akan dijalankan untuk mengenal pasti kebolehan pelajar dalam bidang pengajian mereka.

3. Pelajar perlu mendaftar kursus SPS5903 (Seminar) untuk membentangkan kertas cadangan penyelidikan.

4. Pelajar program dengan tesis yang memulakan pengajian Semester Kedua 2016/2017 dan seterusnya, perlu menerbitkan hasil kajian di dalam bentuk artikel jurnal.

  1. Kriteria untuk penerbitan untuk Ijazah Master Sains adalah satu (1) artikel jurnal yang diterbitkan atau diterima (dalam Citation Indexed Journal).

 

Bidang kajian yang ditawarkan di bawah Ijazah Master Sains

1. Kurikulum dan Pengajaran

2. Pentadbiran Pendidikan

3. Psikologi Pendidikan

4. Sosiologi Pendidikan

5. Teknologi Pendidikan

6. Pendidikan Lanjutan

7. Bimbingan dan Kaunseling

8. Pembangunan Sumber Manusia

9. Pendidikan Moral

10. Pendidikan Jasmani

11. Sains Sukan

12. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua

13. Pendidikan Bahasa Melayu

14. Pengajaran Kesusasteraan Melayu

15. Pendidikan Teknikal dan Vokasional

16. Pendidikan Kesihatan dan Komunikasi

 

IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (Ph.D.)

 

Keperluan Program

Ijazah Doktor Falsafah dianugerahkan kepada para graduan yang memenuhi syarat-syarat yang berikut:

  1. Mengambil dua kursus Penyelidikan seperti yang diperlukan oleh pihak fakulti.
  2. Mendaftar kursus SPS6999 (Doctoral Research). Pada penghujung program, pelajar perlu mengemukakan tesis Doktor Falsafah yang ditulis berasaskan kajian yang dijalankan. Tesis akan diperiksa dan sesi viva voce akan diadakan untuk menguji kompetensi pelajar dalam bidang pengajian.
  3. Pelajar Doktor Falsafah juga perlu lulus dalam peperiksaan komprehensif (C.E) bertulis dan lisan. Peperiksaan ini diambil oleh pelajar setelah selesai menduduki semua kursus yang diperlukan dalam program pengajian yang dipilih. Pelajar dibenarkan untuk menduduki peperiksaan komprehensif (C.E) tidak lebih daripada dua kali.
  4. Sebelum melaksanakan penyelidikan kedoktoran dan selepas lulus peperiksaan komprehensif (C.E), pelajar perlulah mengemukakan kertas cadangan penyelidikan Doktor Falsafah di peringkat fakulti untuk disahkan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti. Pelajar Doktor Falsafah perlu mendaftar kursus SPS6903 (Seminar) selewat-lewatnya pada semester ketiga untuk membentangkan kertas cadangan penyelidikan. Kursus ini akan diberikan gred sebagai Memuaskan/Tidak memuaskan.
  5. Semua pelajar program pengajian dengan tesis yang memulakan pengajian pada semester kedua 2016/2017 ke atas perlu menerbitkan dapatan kajian penyelidikan mereka sebagai makalah jurnal. Kriteria penerbitan untuk Ijazah Doktor Falsafah adalah:
    1. Satu (2) makalah jurnal yang diterbitkan atau telah diterima untuk (dalam Citation Indexed Journal).

Nota: Untuk bidang Sains Sosial, satu (1) bab dalam buku adalah bersamaan makalah jurnal. 

 

Bidang kajian yang ditawarkan di bawah Ijazah Doktor Falsafah

1. Kurikulum dan Pengajaran

2. Pentadbiran Pendidikan

3. Psikologi Pendidikan

4. Sosiologi Pendidikan

5. Teknologi Pendidikan

6. Pendidikan Lanjutan

7. Bimbingan dan Kaunseling

8. Pembangunan Sumber Manusia

9. Pendidikan Moral

10. Pendidikan Jasmani

11. Sains Sukan

12. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua

13. Pendidikan Bahasa Melayu

14. Pengajaran Kesusasteraan Melayu

15. Pendidikan Teknikal dan Vokasional

16. Pendidikan Kesihatan dan Komunikasi

 

 

Kemaskini:: 16/05/2019 [wardah]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
B1566670090