Master Dan PhD Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» Master dan PhD Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua

Master dan PhD Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua

PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA

 

Nama penyelaras program

 

Dr. Lilliati Ismail

 

Dr. Lilliati Ismail

Emel

 

lilliati@upm.edu.my

Program yang ditawarkan

 

MEd, MSc, PhD

 

Keunikan dan kekuatan program yang ditawarkan

 

Program pascasiswazah TESL adalah selari dengan perkembangan terkini, interaktif dan inovatif untuk meningkatkan kesarjanaan pelajar dalam bidang TESL. Pelajar pascasiswazah dapat meningkatkan kepakaran dan menjalankan penyelidikan dalam pelbagai dimensi dalam TESL melalui program secara kerja kursus atau secara penyelidikan. Program MEd TESL adalah secara kerja kursus dan pelajar akan mendapat pengetahuan yang lebih mendalam mengenai subjek pengajian seperti pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua, pengajaran lanjutan kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua, pengajaran lanjutan kemahiran literasi dalam Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua, penaksiran dalam TESL, sastera dalam Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua, pembelajaran bahasa berbantukan teknologi, pengajaran tatabahasa, dan reka bentuk kurikulum dan silibus dalam  TESL. Kandungan kursus mengambil kira penyelidikan terkini dan meransang pemikiran kritis mengenai isu-isu semasa yang berkaitan. Program MSc dan PhD adalah secara penyelidikan dan pelajar akan mendapat peluang untuk menjalankan penyelidikan di dalam bidang yang mereka minati. Pelajar juga dilatih untuk menjalankan penyelidikan melalui kursus seperti kaedah penyelidikan dalam pendidikan, statistik pendidikan, penyelidikan eksperimen dalam pendidikan dan kaedah kualitatif dalam penyelidikan pendidikan.

 

Semua pelajar juga akan mendapat bimbingan dalam penyelidikan daripada penyelia disertasi (untuk MEd) dan tesis (untuk MSc dan PhD). Pensyarah TESL di Fakulti Pengajian Pendidikan sangat berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam pengajaran sastera, metodologi TESL, penaksiran dalam TESL, teori dan praktik dalam TESL, penggunaan teknologi dalam pembelajaran bahasa, pengajaran tatabahasa, kemahiran bahasa, pedagogi kritis dan penyelidikan dalam TESL.

 

Graduan program pascasiswazah TESL boleh berkhidmat sebagai profesional dalam bidang TESL, sama ada sebagai guru, pensyarah, pegawai pendidikan, pembuat dasar, pegawai penyelidik atau profesion lain yang berkaitan.

 

 

Kemaskini:: 31/12/2021 []

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXESMAT~