Master Dan PhD Pendidikan Teknikal Dan Vokasional | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» Master dan PhD Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Master dan PhD Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

Nama penyelaras program

 

Dr Rahimah Jamaluddin

  Dr. Rahimah Jamaluddin

Email

 

imah_upm@upm.edu.my

 

Program yang ditawarkan

 
  • Master Pendidikan dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional
  • Master Sains Pendidikan Teknikal dan Vokasional
  • Doktor Falsafah Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Keunikan dan kekuatan program yang ditawarkan

 

Program ini terbuka kepada semua graduan dalam bidang teknikal dan vokasional, guru dan pegawai pendidikan yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Program ini dikukuhkan oleh barisan pensyarah yang berpengalaman dan cemerlang dalam bidang kepakaran masing-masing. Program Master Pendidikan dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang ditawarkan di Fakulti Pengajian Pendidikan mempunyai kelebihan dan kekuatan seperti berikut:

  1. memberikan fleksibiliti kepada pelajar untuk memilih kursus elektif dari luar jabatan dan fakulti yang berkaitan dan sesuai dengan bidang kajian melalui kebenaran penyelia. Mekanisme ini bertujuan memantapkan pengetahuan pelajar dalam bidang elektif yang dipilih.
  2. menawarkan kursus praktis profesional yang menggunakan pendekatan pembelajaran berdasarkan pengalaman iaitu kursus Internship dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional. Melalui kursus ini pelajar mendapat pendedahan pengalaman sebenar untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran seterusnya mengembangkan lagi kemahiran employabiliti pelajar.
  3. menawarkan kursus Seminar Cadangan Penyelidikan Pendidikan yang mempromosi dan memberi platform kepada pelajar untuk melontar idea dan berfikir secara kritis mengenai penyelidikan pendidikan dalam sesi pembentangan kertas proposal. Pada masa yang sama, kursus Seminar Cadangan Penyelidikan Pendidikan ini dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan pembentangan pelajar untuk berhujah secara ilmiah dan profesional.
  4. program ini menawarkan kurikulum yang komprehensif yang dapat menyediakan graduan sebagai sarjana profesional di pelbagai seting pekerjaan dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional.

 

Kemaskini:: 20/01/2021 []

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXETRAq~