SOALAN LAZIM | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

Pentadbiran
1
Apakah yang dimaksudkan dengan Fakulti Pengajian Pendidikan?  

Fakulti Pengajian Pendidikan merupakan fakulti yang berteraskan pendidikan dan penyelidikan.  

2
Apakah matlamat Fakulti ini?

Melahirkan graduan yang cemerlang, penyelidikan berkualiti dan memberi khidmat profesional dalam bidang pendidikan dan pembangunan sumber manusia untuk memenuhi keperluan negara.

3
Apakah visi dan misi Fakulti Pengajian Pendidikan?

VISI
Menjadi pusat pengajaran dan penyelidikan bereputasi antarabangsa dalam bidang pendidikan dan pembangunan sumber manusia.
MISI
Menerajui penerokaan ilmu dan kemahiran yang menyumbang kepada kemajuan dalam bidang pendidikan dan pembangunan sumber manusia.

4
Apakah program-program yang ditawarkan di Fakulti ini?

Program yang ditawarkan boleh dilihat di pautan di laman web Fakulti Pengajian Pendidikan, seterusnya klik pada pautan program prasiswazah.

5
Apakah syarat kemasukan bagi pemilihan program-program prasiswazah yang terdapat di Fakulti ini?

Program yang ditawarkan boleh dilihat di pautan di laman web Fakulti Pengajian Pendidikan, seterusnya klik pada pautan syarat kemasukan prasiswazah.

6
Bagaimana hendak mengenali Jabatan-Jabatan yang terdapat di Fakulti ini?

Jabatan yang terdapat di Fakulti Pengajian Pendidikan boleh dibahagikan kepada 6 bahagian seperti berikut: -Blok A
Pejabat Dekan
Pejabat Timbalan Dekan Akademik, Pelajar dan Alumni
Pejabat Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi, dan Pendanaan
Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling -Blok B
Pejabat Am Pentadbiran

-Blok C
Pejabat Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Antarabangsa) -Blok D
Jabatan Pengajian Sukan -Blok H
Jabatan Pemajuan Professional dan Pendidikan Lanjutan -Blok I
Jabatan Asas Pendidikan
Jabatan Pendidikan Sains Dan Teknikal
Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan

7
Apakah pencapaian penyelidikan di Fakulti ini?

Pencapaian penyelidikan boleh dilihat di pautan penyelidikan di Laman Portal rasmi Fakulti Pengajian Pendidikan.

8
Jika ada permasalahan berkenaan dengan pendaftaran program prasiswazah dimana anda perlu rujuk dan hubungi?

Anda boleh mengubungi Unit Pengajian Siswazah di nombor 03-97697905 untuk sebarang pertanyaan berkenaan dengan program prasiswazah.  

9
Bagaimana jika saya mempunyai masalah untuk menghadiri kuliah dan pergi ke jabatan-jabatan yang terdapat di FPP ini?

Anda boleh melihat pelan-pelan yang disediakan di setiap blok dibahagian Ground Floor untuk dijadikan panduan ataupun boleh hadir di kaunter khidmat pelanggan kami di foyer FPP untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan permasalahan yang dihadapi.

10
Apakah alamat media sosial Fakulti Pengajian Pendidikan?
11
Dimanakah lokasi Putra Future Classroom?

Putra Future Classroom terletak di Blok I, bersebelahan Ruang rehat staf.

Kemaskini:: 14/07/2022 [mohdsyafiq]

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXDTTAp~