Master Dan PhD Teknologi Pendidikan | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» Master Dan PhD Teknologi Pendidikan

Master Dan PhD Teknologi Pendidikan

TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Nama penyelaras program

 

Prof. Dr. Ahmad Fauzi Mohd Ayub

Emel

 

afmy@upm.edu.my

Program yang ditawarkan

 

Master Pendidikan Teknologi dan Inovasi Pengajaran – MEd.

Master Sains (Teknologi Pendidikan) – MSc.

Doktor Falsafah (Teknologi Pendidikan) – Ph.D

Keunikan dan kekuatan program yang ditawarkan

 

Kandungan kurikulum program ini merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang luas dalam teknologi pendidikan, serta teknologi dan inovasi pengajaran seperti rekabentuk, pembangunan, integrasi, pengurusan dan penilaian. Barisan tenaga akademik bagi program ini mempunyai pengalaman dan kepakaran yang cemerlang berkaitan Rekabentuk Pembelajaran dan Pengalaman Pembelajaran; Teknologi Pengajaran; Teknologi dan Inovasi Baharu; Multimodaliti; Pembelajaran Fleksibel; Pembelajaran Analitik dan Pendidikan e-keusahawanan. Penawaran kursus ini amat signifikan dengan keperluan membangunkan sumber tenaga yang holistik bagi memenuhi aspirasi STEM dan IR4.0 negara. Program ini meliputi aspek disiplin yang pelbagai, penyelesaian masalah dan keperluan industri yang telah dinilai dan disyorkan oleh pakar antarabangsa. Selain itu, fakulti juga menyediakan ruang pembelajaran abad ke-21 yang menampilkan kombinasi infrastruktur yang dinamik (psikososial, ruang dan teknologi), struktur maklumat dan kurikulum yang komprehensif.

Melalui program ini, pelajar akan memperoleh pengalaman dalam:

  • Mereka bentuk dan membangunkan pengajaran berdasarkan teknologi dan inovasi untuk menyelesaikan masalah;
  • Mengintegrasikan, membentuk dan menyampaikan pengetahuan berkaitan teknologi dan inovasi pengajaran yang sesuai;
  • Menjalankan projek atau penyelidikan dalam bidang teknologi pendidikan, teknologi pengajaran, reka bentuk pembelajaran dan inovasi yang pelbagai.

Program ini ditawarkan kepada semua graduan bakal guru, guru, pegawai pendidikan atau semua graduan bukan guru yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang teknologi pendidikan. Lulusan siswazah program ini telah menceburi laluan kerjaya yang luas seperti ahli bidang teknologi pendidikan, pereka bentuk pengajaran, pendidik (sekolah dan institusi pengajian tinggi), pegawai penyelidik perunding teknologi pendidikan dan pembuat dasar dalam bidang teknologi pendidikan.

 

 

Kemaskini:: 16/09/2021 []

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXDdVA3~