Master Dan PhD Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» Master dan PhD Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama

Master dan PhD Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama

PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Nama penyelaras program

 

Dr Rozita Radhiah Said

 

Dr. Rozita Radhiah Said

Emel

 

radhiahrozita@upm.edu.my

 

Program yang ditawarkan

 
  • Master Pendidikan Bahasa Melayu (MPBM)
  • Master Pengajaran Kesusasteraan Melayu
  • Doktor Falsafah Pendidikan Bahasa Melayu
  • Doktor Falsafah Pengajaran Kesusasteraan Melayu

Keunikan dan kekuatan program yang ditawarkan

 

Program ini terbuka kepada semua graduan bakal guru, guru dan pegawai pendidikan atau semua graduan bukan guru yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan Bahasa Melayu. Program ini dikukuhkan oleh barisan pensyarah yang berpengalaman dan cemerlang dalam bidang kepakaran bahasa masing-masing.

Kelebihan dan kekuatan program Pendidikan Bahasa Melayu di FPP adalah daripada aspek berikut, iaitu;

  1. menggabungkan dua elemen penting dalam bidang bahasa Melayu, iaitu bidang bahasa sebagai kursus teras dan kesusasteraan sebagai kursus elektif. Gabungan kedua-dua bidang ilmu ini merupakan tuntutan terkini dalam usaha KPM memperkasa dan memartabatkan kurikulum Bahasa Melayu;
  2. memberi fokus kepada bidang pendidikan, disintesiskan  berfokus dalam bidang ilmu kebahasaan; pengajaran Bahasa Melayu, iaitu dengan memberikan penekanan khusus kepada bidang yang berorentasikan kemahiran membaca dan mengarang, literasi, pentaksiran, analisis kurikulum dan kreativiti dalam pengajaran Bahasa Melayu; pengajaran bahasa dan kesusasteraan juga menekankan kemahiran penulisan kreatif, penglahiran kreativiti Abad 21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seperti mana yang disarankan oleh  KPM;
  3. program ini menawarkan kursus berbentuk inovasi dalam penyelidikan yang melibatkan jalinan dan jaringan kerjasama dalam pelbagai sektor pendidikan awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara; bantuan kewangan diberi bagi membantu pelajar dalam penerbitan yang berkualiti;
  4. program ini menawarkan kurikulum yang komprehensif yang dapat membantu graduan di mana-mana peringkat pentadbiran pendidikan tinggi, pembuatan polisi dan penyelidikan.

Kemaskini:: 18/01/2021 []

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXETTAB~