Syarat Kemasukan Pascasiswazah | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» AKADEMIK » PASCASISWAZAH » Syarat Kemasukan Pascasiswazah

Syarat Kemasukan Pascasiswazah

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN 

Master Pendidikan (M.Ed) dan Master Pembangunan Sumber Manusia (M.HRD)

  • Pemohon hendaklah memiliki ijazah Sarjana Muda (dengan kepujian) dalam bidang yang berkaitan dengan PNGK minimum 3.00, atau
  • Pemohon yang mempunyai PNGK minimum 2.75, boleh diterima tertakluk kepada sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan, atau
  • Pemohon yang mempunyai PNGK minimum 2.75 boleh dimasukkan ke dalam program tertakluk kepada keperluan lain yang ditentukan oleh Fakulti, atau
  • Pemohon yang mempunyai PNGK minimum 2.50, boleh diterima tertakluk kepada sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan.


Master Sains (M.S)
 

  • Pemohon hendaklah memiliki ijazah Sarjana Muda (dengan kepujian) dalam bidang yang berkaitan dengan PNGK minimum 3.00, atau
  • Pemohon tanpa kelulusan akademik yang mencukupi boleh dimasukkan ke dalam program tertakluk kepada keperluan lain yang ditetapkan oleh Fakulti

Doktor Falsafah  (Ph.D) 

Pemohon-pemohon mestilah memiliki: 

  • Ijazah Sarjana (melalui kursus) dalam bidang yang berkaitan dengan gred minimum purata B, atau.
  • Ijazah Sarjana dengan penyelidikan dalam bidang yang berkaitan.

Kemasukan ke dalam program adalah tertakluk kepada keperluan lain yang ditentukan oleh Fakulti.

 

TEMPOH MASA PENGAJIAN

Program Ijazah Master

  • Tempoh minimum dan masksimum pengajian adalah satu (1) tahun dan (3) tahun. Bagi mod sambilan, tempoh minimum dan maksimum pengajian adalah dua (2) tahun dan empat (4) tahun masing-masing.

Program Doktor Falsafah (Ph.D)

  • Tempoh minimum dan masksimum pengajian adalah satu (2) tahun dan (5) tahun. Bagi mod sambilan, tempoh minimum dan maksimum pengajian adalah dua (4) tahun dan empat (6) tahun masing-masing.

 

*Calon yang memohon bagi program Bimbingan dan Kaunseling dan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) wajib lulus temuduga secara lisan dan ujian bertulis yang dijalankan oleh pihak fakulti.

 

 

Kemaskini:: 11/06/2019 [wardah]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
B1566625542