16 Ogos 2024, Serdang - Bersempena dengan Program Kibar Jalur Gemilang anjuran
Pusat Kebudayaan dan Kesenian UPM yang berlangsung semalam, Fakulti Pengajian Pendidikan telah mengadakan Pertandingan Menyediakan Kuih Tradisional yang semakin dilupakan.
Konsep Pertandingan Pasar Rakyat, setiap Jabatan perlu menyediakan satu Kueh Tradisional berdasarkan undian: Kueh Dangai, Kueh Abok-abok, Kueh Puteri Mandi, Kueh Sapong, Kueh Puding Raja, Kueh Dangai, Kueh Cek Mek Molek, Kueh Limas, Kueh Akok dan Kueh Paong Goreng.
Pertandingan ini telah diadili oleh dua orang juri yang bijaksana iaitu Dr. Sazrinee Zainal Abidin dari
Fakulti Rekabentuk dan Senibina dan Dr Muhammad Rezza Zainal Abidin dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan.
Melalui pertandingan ini, secara tidak langsung warga FPP dapat menghayati konteks warisan dan budaya Malaysia seperti makanan, cara hidup, adat resam dan pantang larang dapat mempengaruhi persekitaran budaya bagi sesuatu kaum yang terdapat di Malaysia. Peninggalan nenek moyang yang terdahulu mampu memberi kesan kepada generasi masa kini dalam mengekalkan warisan dan budaya.
Menurut Prof Wong Su Luan, Profesor dari Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal, "Pertandingan Menyediakan Kueh Tradisional ala Pasar Rakyat ini penuh nostalgia dan makna. Semoga program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang."
Selain kuih traisional yang dipertandingkan, perbagai kuih tradisional lain yang turut disediakan oleh jabatan dan turut dijual kepada pengunjung yang hadir. Pengunjung turut terdiri dari pihak luar FPP.
Tarikh Input: 23/08/2024 |
Kemaskini: 26/08/2024 | mohdsyafiq
PERKONGSIAN MEDIA