Taklimat Persediaan Penilaian Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) FPP | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN educ
» BERITA » Taklimat Persediaan Penilaian Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) FPP

Taklimat Persediaan Penilaian Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) FPP

 

  
 
SERDANG, 11 Mei 2026 – Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Sesi Taklimat Persediaan Penilaian Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Peringkat Kedua bagi Sesi 2025/2026 bertempat di Auditorium 2, Fakulti Pengajian Pendidikan.
Taklimat yang telah disampaikan oleh Cik Nur Nadjla Binti Ahmad Razei selaku Fasilitator EKSA FPP. Sesi berkenaan bertujuan memperkukuh kesiapsiagaan warga fakulti dalam menghadapi pelaksanaan dan penilaian EKSA di peringkat yang lebih tinggi serta memastikan amalan persekitaran kerja berkualiti dapat dilaksanakan secara berterusan di Fakulti Pengajian Pendidikan.
Dalam ucapan Puan Noorizajune Abu Bakar, Pengerusi EKSA FPP, "EKSA merupakan salah satu elemen penting dalam penarafan bintang UPM dan memerlukan komitmen serta kerjasama semua warga fakulti bagi memastikan pelaksanaannya dapat dilaksanakan dengan jayanya."
Selain itu, taklimat turut menekankan kepentingan amalan persekitaran kerja yang kondusif, tersusun dan berkualiti selaras dengan usaha memperkukuh budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga fakulti

Tarikh Input: 12/05/2026 | Kemaskini: 17/08/2026 | mohdsyafiq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
X, (02:18:02pm-02:23:02pm, 21 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]