Program Special Effect Makeup (SFX) Horror Runway anjuran pelajar Bacelor Pendidikan (Sains Rumahtangga), Universiti Putra Malaysia (UPM) bukan sekadar pentas kreativiti, malah membuka laluan kepada pelajar meneroka peluang dalam industri kreatif yang semakin berkembang.
Program itu menampilkan hasil kerja pelajar melalui persembahan runway bertemakan elemen seram, sekali gus mengetengahkan kemahiran solekan kesan khas yang kini mendapat permintaan dalam bidang perfileman, teater dan kandungan digital.
Pengarah program, Syafiqah Mubarak Ali, berkata pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar membantu pelajar menguasai kemahiran teknikal serta membina keyakinan diri.
#upm #BerilmuBerbakti #universitiputramalaysia
Tarikh Input: 30/04/2026 |
Kemaskini: 30/04/2026 | intanzuliana
PERKONGSIAN MEDIA