Peranan Staf Sokongan Diangkat Dalam Putra Education Forum Series | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Peranan Staf Sokongan Diangkat dalam Putra Education Forum Series

Peranan Staf Sokongan Diangkat dalam Putra Education Forum Series

 

SERDANG, 6 Ogos 2025 – Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Putra Education Forum Series bertajuk From Backstage to Frontline: The Leadership Role of Support Staff in Shaping Our Faculty's Image bertempat di QHub, Fakulti Pengajian Pendidikan.
Forum ini menampilkan Prof. Dr. Dian Ratna Sawitri, Dekan Fakulti Psikologi, Universitas Diponegoro, Indonesia sebagai penceramah jemputan. Dalam sesi perkongsiannya, beliau mengupas peranan signifikan staf sokongan sebagai pemangkin imej dan budaya kerja fakulti, serta bagaimana kepimpinan tidak formal dalam kalangan staf boleh menyumbang kepada kejayaan institusi secara keseluruhan.
 
  
 
Walaupun forum dianjurkan secara berskala kecil, ia tetap menerima sambutan yang amat menggalakkan dengan maklum balas positif daripada para peserta. Ramai yang menyatakan bahawa sesi ini memberi inspirasi dan memperluas perspektif terhadap sumbangan mereka dalam ekosistem pendidikan tinggi.
Selain forum, turut berlangsung sesi perbincangan bersama pihak Pengurusan FPP berkenaan cadangan kerjasama akademik antara FPP dan Universitas Diponegoro, khususnya dalam penawaran program Ijazah Sarjana (Master) Dual Degree. Perbincangan ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan FPP.
Menurut beliau, "FPP sentiasa terbuka kepada kerjasama strategik dengan institusi luar negara. Program dual degree bukan sahaja membuka peluang mobiliti pelajar dan pensyarah, malah memperkukuh daya saing program akademik kita di peringkat global."
 
 

 

Date of Input: 08/08/2025 | Updated: 08/08/2025 | intanzuliana

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
X, (12:05:02am-12:10:02am, 12 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]