Program SULAM Kesihatan Dan Kesejahteraan Komuniti Berteraskan Konsep 5R Bagi Memupuk Amalan Hidup Sihat Dan Kelestarian Sempena Bulan Sinergi Putra 2026 | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES 127
» NEWS » Program SULAM Kesihatan dan Kesejahteraan Komuniti Berteraskan Konsep 5R bagi Memupuk Amalan Hidup Sihat dan Kelestarian sempena Bulan Sinergi Putra 2026

Program SULAM Kesihatan dan Kesejahteraan Komuniti Berteraskan Konsep 5R bagi Memupuk Amalan Hidup Sihat dan Kelestarian sempena Bulan Sinergi Putra 2026

   

 
SERDANG, 1 Julai 2026 – Bersempena dengan Bulan Sinergi Putra 2026, lapan puluh satu (81) orang pelajar program Bacelor Pendidikan dalam Pendidikan Jasmani dan Kepujian (BPDPJDK) yang mengambil kursus SPE3308 Kesihatan dan Kesejahteraan Komuniti, Jabatan Pengajian Sukan, Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM), telah berjaya menganjurkan Program Kesihatan dan Kesejahteraan Komuniti Berteraskan Konsep 5R selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) pada 30 Jun hingga 1 Julai 2026 di KAFA Integrasi
Manbaul Ulum, Taman Seri Serdang. Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM dan SULAM-UPM telah melibatkan seramai 200 orang murid Tahun 3.
Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta terhadap kepentingan kesihatan, kesejahteraan diri dan penjagaan alam sekitar melalui penerapan konsep 5R (Refuse, Reduce, Reuse, Recycle dan Recover) dalam kehidupan seharian. Program ini juga berperanan dalam memupuk amalan gaya hidup sihat, tanggungjawab sosial serta semangat kerjasama dalam kalangan komuniti.
Sepanjang program berlangsung, pelajar UPM telah mengendalikan pelbagai aktiviti interaktif dan kreatif berasaskan konsep kitar semula dan kesejahteraan komuniti, antaranya Clean & Zest, Ecobricking, Capcycle Bag, Eco-Bag, Cancraft Holder, Eco-Fashion Show, Self-Watering Plant, Flower- Egg serta aktiviti sukaneka. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada peserta mengenai amalan kelestarian alam sekitar, malah turut memupuk kreativiti, kemahiran sosial, kemahiran motor dan pembelajaran berasaskan pengalaman.
 
Selaras dengan tema Bulan Sinergi Putra 2026, program ini memperkukuhkan jaringan kerjasama antara universiti dan komuniti melalui pemindahan ilmu, penglibatan komuniti serta pembudayaan nilai tanggungjawab sosial dan kelestarian. Program ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) khususnya SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan serta SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab. Dr. Roxana Dev Omar Dev, selaku penyelaras program dan pensyarah kursus SPE3308 Kesihatan dan Kesejahteraan Komuniti, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak KAFA Integrasi Manbaul Ulum, Fakulti Pengajian Pendidikan, SULAM-UPM, para pelajar kursus SPE3308 Kesihatan dan Kesejahteraan Komuniti, serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan program seperti ini dapat terus memperkukuhkan hubungan universiti dan komuniti serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang sihat, sejahtera dan lestari.
 
 

 

Date of Input: 17/07/2026 | Updated: 17/07/2026 | intanzuliana

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
X, (11:07:48pm-11:12:48pm, 14 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]