
SERDANG, 14 Mei 2024 - Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (FPP, UPM) telah menerima kunjungan deligasi dari Universitas Negeri Malang (UM), Indonesia pada 14 Mei 2024 baru-baru ini. Deligasi ini diketuai oleh Direktor Sekolah Pasca Universitas Negeri Malang (UM), Indonesia iaitu Prof. Dr. Adi Atmoko dan Wakil Direktur iaitu Prof. Dr. Yusuf Hanafi beserta sepuluh orang pelajar pasca terdiri daripada tujuh orang pelajar PhD dan tiga orang pelajar sarjana daripada Sekolah Pascasiswazah. Kunjungan telah disambut oleh Pengurusan Fakulti Pengajian Pendidikan dengan diketuai oleh Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan FPP.

Kedua-dua pihak telah menandatangani Letter of Intent (LoI) bagi cadangan kerjasama bersama antara kedua buat universiti ini bagi memantapkan jalinan kerjasama antarabangsa keduanya.

Antara pengisian kerjasama antara UPM dengan UM adalah Program Sangkutan Penyelidikan bagi sepuluh (10) orang pelajar pasca siswazah (tujuh pelajar PhD dan tiga) pelajar sarjana daripada Sekolah Pascasiswazah UM bermula 2 Mei hingga 31 Jun 2024 di bawah seliaan Dr. Siti Salina binti Mustakim yang juga merupakan Profesor Adjung lantikan UM sejak tahun 2022.


Hubungan antara kedua universiti ini turut telah dimantapkan dengan lantikan pegawai akademik dari FPP iaitu iaitu Prof. Dr. Gazi Mahububul Alam dan Prof. Madya Dr. Nooreen binti Noordin sebagai Penceramah Jemputan lantikan UM .

Menurut Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, “Kerjasama dua hala antara IPT kedua-dua negara ini bukan sahaja bakal meningkatkan keterlihatan UPM di peringkat antarabangsa, malah turut berpotensi untuk menarik kehadiran pelajar antarabangsa ke FPP dan UPM serta mampu untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan.” katanya.
Date of Input: 23/05/2024 | Updated: 23/05/2024 | mohdsyafiq

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 SERDANG
SELANGOR
03-97696200 (PostGraduate)
03-97696101 (Undergraduate)