UTAMA | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

Maklumat Am

Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) ditubuhkan pada 15 Januari 1975. Pada awal penubuhannya, FPP dikenali sebagai Fakulti Perkhidmatan Pendidikan selaras dengan fungsi utama Fakulti pada ketika itu. FPP menawarkan kursus-kursus kepada pelajar yang mengikuti program pengajian Diploma Sains Dengan Pendidikan dan Bacelor Sains Dengan Pendidikan (Kepujian) yang ditawarkan oleh Fakulti Sains. Selain itu, FPP menawarkan kursus-kursus elektif dan umum yang diambil oleh pelajar daripada pelbagai fakulti di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) ketika itu.

FPP bermula dengan tiga jabatan, iaitu Jabatan Pendidikan, Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Jabatan Bahasa. Pada 1989, FPP mengalami perubahan struktur apabila dua daripada tiga jabatan tersebut, iaitu Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Jabatan Bahasa membentuk fakulti baharu. Jabatan Sains Kemasyarakatan bergabung dengan Jabatan Pembangunan Manusia, Fakulti Pertanian untuk menjadi Fakulti Ekologi Manusia. Sementara Jabatan Bahasa bergabung dengan Jabatan Komunikasi, Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan untuk menjadi Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi.

Pada 1996, berikutan dengan penyertaan Jabatan Pendidikan Pengembangan, FPP mempunyai dua jabatan, iaitu Jabatan Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Pengembangan. Pada 1997 Jabatan Pendidikan Pengembangan telah ditukar nama kepada Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan.

Pada 2002, FPP sekali lagi mengalami perubahan struktur. Empat jabatan baharu ditubuhkan sebagai rombakan semula Jabatan Pendidikan. Jabatan baharu yang ditubuhkan ialah Jabatan Asas Pendidikan, Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Jabatan Pengajian Perlakuan dan Pergerakan Manusia dan Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal. Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan kekal seperti sedia ada. Pada 2004, perubahan struktur iaitu di mana Jabatan Pengajian Perlakuan dan Pergerakan Manusia telah dirombak menjadi dua jabatan, iaitu Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling dan Jabatan Pengajian Sukan.

Setelah beberapa kali mengalami penstrukturan semula, kini FPP mempunyai enam jabatan:

  1. Jabatan Asas Pendidikan
  2. Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan
  3. Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal
  4. Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan
  5. Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling
  6. Jabatan Pengajian Sukan

 

Program yang ditawarkan:

Prasiswazah

Pascasiswazah

 

Kehidupan Kampus

Tanyalah pengalaman pelajar Universiti Putra Malaysia dan mereka pasti akan menceritakan tentang 'Gaya Hidup Serdang' di mana anda akan bergaul dan saling mengenali rakan-rakan baru, menelaah dan membuat kajian dalam suasana yang kondusif serta menikmati aktiviti luar atau beriadah dalam komuniti yang mesra. Persekitaran kehidupan positif di UPM pasti tidak akan membuatkan anda berasa keseorangan. Untuk keterangan lebih lanjut, sila klik di sini

 

 

Universiti Putra Malaysia (UPM) amat menitikberatkan keperluan dan keselesaan pelajar semasanya iaitu pelajar yang sedang menjalankan pengajiannya di UPM. Justeru, UPM menyediakan pelbagai kelengkapan teknologi dan juga kemudahan bagi menjamin keselesaan para pelajar.

Selain daripada itu, pelbagai program dan aktiviti bukan akademik dijalankan untuk pelajar semasa agar mereka berasa gembira semasa berada di UPM dan sekaligus dapat menyeimbangkan pencapaian akademik dan pembangunan insaniah untuk kehidupan lestari.

Maklumat yang boleh dijadikan panduan untuk pelajar semasa UPM

Kalendar Akademik

Jadual waktu kuliah

Perkara Akademik

Buku Panduan Program

Konvokesyen

 

 

 

Untuk melawat Fakulti Pengajian Pendidikan

Boleh Hubungi:


Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Pelajar dan Alumni)
Aras Bawah, Blok A
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
Tel: 03 - 97698117

artikel
Fabrik terpakai jadi sumber rezeki
-
Fabrik terpakai jadi sumber rezeki
Kanak-kanak enam tahun sudah bersedia untuk ke sekolah
Kanak-kanak enam tahun sudah bersedia untuk ke sekolah
 Ibu bapa perlu bimbing anak pilih subjek Tingkatan 4
Ibu bapa perlu bimbing anak pilih subjek Tingkatan 4
Artikel-artikel lain...
berita
Edaran Bubur Lambuk FPP Meriahkan Ramadan di Pusat Islam UPM
Edaran Bubur Lambuk FPP Meriahkan Ramadan di Pusat Islam UPM
SERDANG, 10 Mac – Program Memasak dan Edaran Bubur Lambuk hasil kerjasama Pusat Islam dan Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Mac 2026 bertempat di Masjid UPM. Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini melibatkan pelbagai aktiviti termasuk persediaan bahan, proses memasak, penyejukan, pembungkusan serta pemindahan bubur lambuk ke lokasi edaran sebelum diagihkan kepada orang ramai selepas solat Asar. Seramai 44 orang staf Fakulti Pengajian Pendidikan telah terlibat sebagai sukarelawan bagi menjayakan program ini. Aktiviti memasak bubur lambuk telah diketuai oleh Dr. Rahimah Jamaluddin dari Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal, manakala proses edaran bubur lambuk kepada orang ramai telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan, Prof. Madya Dr. Wan Rarzuki Wan Jaafar.
pengumuman
Tiada tawaran sebutharga.
Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: eJOBS

aktiviti
ikuti kami
youtube.png
fb.png
insta.png
tiktok.png
F, (04:06:53am-04:11:53am, 27 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]