Jakarta dan Bandung, Indonesia, 10 - 21 Februari 2026 - Kelab Pendidikan Sains Rumah Tangga, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan program mobiliti outbound iaitu "Mobiliti Ilmu BPSRT 2026" bertempat di Jakarta Business School dan Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung, Indonesia. Program mobiliti ini melibatkan seramai 15 orang pelajar program Bacelor Pendidikan Sains Rumah Tangga dengan Kepujian daripada kohort tahun akhir. Program ini diketuai oleh pengarah program, Nur Fizriyani Aqilah Ruzaimey, dan turut diiringi oleh Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar dan Ts. Dr. Mohd Hazwan Mohd Puad dalam memperkasa jaringan akademik dan profesional antara institusi pendidikan antarabangsa.
Program Mobiliti Ilmu BPSRT 2026 ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai amalan pendidikan dan pendekatan pembelajaran dalam bidang Sains Rumah Tangga di peringkat antarabangsa melalui lawatan akademik bersama institusi pendidikan di Indonesia. Program ini turut menjadi platform dalam pertukaran idea, pengalaman serta perkongsian amalan dalam bidang pendidikan Sains Rumah Tangga. Usaha ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan akademik dan jalinan kerjasama antara institusi pendidikan tinggi di Malaysia dan Indonesia, serta memperkaya pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam meneroka bidang Sains Rumah Tangga secara lebih meluas.
Tarikh Input: 26/02/2026 | Kemaskini: 26/02/2026 | anisnabilah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 SERDANG
SELANGOR
03-97696200 (PascaSiswazah)
03-97696101 (PraSiswazah)