
UPM, Universidad D Sevilla jalin kerjasama dalam bidang pendidikan
SERDANG, 17 Ogos - Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universidad D Sevilla, Sepanyol menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalinkan kerjasama dalam bidang pendidikan bersama Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), UPM.
Naib Canselor, UPM, Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata, kerjasama ini adalah sejajar dengan Pelan Strategik UPM 2021-2025 iaitu Matlamat 1 Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang. Tambah beliau, MoU tersebut secara langsung meningkatkan visibiliti kepakaran pensyarah UPM serta memberi peluang kepada pelajar memperluas pengetahuan melalui jaringan di peringkat antarabangsa.
Turut hadir sama ke majlis tersebut, Dekan FPP, UPM, Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Pendanaan), FPP, UPM, Prof. Madya Dr. Nor Aniza Ahmad dan Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan, FPP, UPM, Dr. Nur Aimi Nasuha Burhanuddin.
Date of Input: 31/08/2023 |
Updated: 31/08/2023 | mohdsyafiq
MEDIA SHARING