Seminar Hala Tuju Kerjaya Bidang Pertanian Yang Bertempat Di Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong (SMKP) | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Seminar Hala Tuju Kerjaya Bidang Pertanian yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong (SMKP)

Seminar Hala Tuju Kerjaya Bidang Pertanian yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong (SMKP)

Mungkin imej 1 orang

PUCHONG, 5 Januari 2024 (Jumaat) - Kelab Pendidikan Sains Pertanian (KPSP), Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal (JPST) Fakulti Pengajian Pendidikan UPM telah menganjurkan Seminar Hala Tuju Kerjaya Bidang Pertanian yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong (SMKP). Program anjuran bersama KPSP dan SMKP ini telah berlangsung di Dewan Cendana SMKP bermula jam 8pagi sehingga 1230 tengahari. Seramai 15 orang ahli KPSP telah terlibat secara langsung sebagai jawatankuasa penganjuran, disertai oleh 5 orang ahli jawatankuasa guru SMKP.
Program dimulakan dengan ucapan perasmian oleh pengetua SMKP, YBrs. Pn. Anita Parlan, diikuti aluan-aluan oleh pengarah program, saudari Nur Madihah Amani Nordin. Seminar ini bertujuan mendedahkan para pelajar aliran sains pertanian di SMKP berkaitan hala tuju dan pilihan bidang pengajian berkaitan pertanian yang boleh diceburi selepas Sijil Pelajaran Malaysia, pengkhususan kepada pendidikan sains pertanian. Sesi ucaptama seminar telah disampaikan oleh ketua JPST, FPP UPM iaitu YBrs. Ts. Dr. Mohd Hazwan Mohd Puad yang mengupas tentang kerjaya TVET dan 'Work-Life Skills'. Seminar diteruskan dengan sesi perkongsian oleh Ts. Dr. Enio Kang Mohd Sufian Kang yang berkisar tentang keperluan dan syarat menyambung pengajian dalam bidang pendidikan sains pertanian di FPP UPM.
Seramai 62 orang peserta telah menghadiri seminar ini, diselia oleh kaunselor SMKP, Pn. Norliza Mohamad Noor dan guru pertanian, Pn. Noor Aznira Ishak dan Pn. Noor Azlena Zahari. Pada sesi terakhir, ujian personaliti kerjaya telah dijalankan oleh 8 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar tahun akhir KPSP bagi memberi gambaran lebih jelas antara personaliti kerjaya pertanian dan juga kecenderungan para peserta.
Enio Sufian
Mohd Hazwan

Mungkin imej 4 orang, hospital dan teksMungkin imej 3 orang, dais dan teks

Date of Input: 23/01/2024 | Updated: 23/01/2024 | mohdsyafiq

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEbNAT~