Seminar Antarabangsa Pendidikan Islam | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Seminar Antarabangsa Pendidikan Islam

Seminar Antarabangsa Pendidikan Islam

May be an image of 1 person, standing and headscarf

SERDANG - Seminar Antarabangsa Pendidikan Islam telah diadakan pada 1 Mac 2023 yang mengangkat tema ‘Pendidikan Islam dalam Pendidikan Madani’. Seminar ini adalah anjuran bersama Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM dengan Universitas Islam Negeri (UIN) Kiyai Hj Achmad Siddiq, Jember. Seminar ini dirasmikan oleh Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM, Prof Madya Dr Wan Marzuki Wan Jaafar yang menyambut baik kerjasama dalam bentuk penyelidikan, seminar, pertukaran pelajar dan staf serta aspek pengajaran yang dapat dibangunkan dan dimanfaatkan oleh kedua-dua institusi dan negara. Wakil delegasi UIN Jember iaitu Direktur Pascasarjana, Prof Dr Moh Dahlan juga sangat menekankan kerjasama erat di rantau Asia Tenggara bagi memacu kemajuan dalam bidang pendidikan khasnya di peringkat sarjana dan kedoktoran. Sebanyak 48 kertas kerja telah dibentangkan di lima buah bilik sesi pembentangan selari iaitu 38 kertas kerja daripada mahasiswa pascasiswazah dan pensyarah UIN Jember dan 10 kertas kerja daripada kalangan pensyarah FPP, UPM. Pihak UIN Jember turut menyatakan hasrat untuk mengadakan MOA dengan Fakulti Pengajian Pendidikan dalam masa terdekat untuk memastikan kerjasama antara kedua-dua institusi dapat dilakukan secara lebih tersusun dan meraih manfaat yang besar antara kedua-dua pihak khasnya dalam mendepani cabaran dunia pendidikan tinggi hari ini.


May be an image of 8 people, people sitting, people standing and indoor
May be an image of 11 people and people standing

Date of Input: 30/03/2023 | Updated: 30/03/2023 | mohdsyafiq

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEYXAm~