SEMARAK MERDEKA BERSAMA PELAJAR ORANG ASLI | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » SEMARAK MERDEKA BERSAMA PELAJAR ORANG ASLI

SEMARAK MERDEKA BERSAMA PELAJAR ORANG ASLI



KUALA LIPIS, 11 Ogos - Sebagai wahana menyemarakkan sambutan kemerdekaan kali ke-66, seramai 170 murid SK Lanai, Kuala Lipis, Pahang bersama-sama staf Fakulti Pengajian Pendidikan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai salah satu pengisian bagi Program Transformasi Minda Generasi Alfa Lipis (ALPIS 2023).
Murid-murid SK Lanai ini merupakan komuniti Orang Asli, etnik Semai. Program ini merupakan salah satu usahasama dengan Fakulti Sains. Prof. Madya Dr. Mustafa Awang Kechik menjadi peneraju bagi program ini yang merupakan kesinambungan daripada siri Program Peduli Pendidikan 2023.
Delegasi Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia telah disertai oleh Dr Nurzatulshima Kamarudin, Penyelaras Program Peduli Pendidikan bersama Dr Marzni Mohamed Mokhtar dan lima orang staf pelaksana fakulti terdiri daripada Cik Ashana Saffie, Cik Siti Rahayu Abdul Ghafar, Puan Nurul Norzakiah Mohd Nasir, Puan Zeiti Zulhani Zakaria dan En. Mohd Sufian Abdul Manan.
Turut hadir ialah Encik Mohamad Kamal Haji Johan (Guru Besar SK Lanai) dan para guru SK Lanai.

Date of Input: 31/08/2023 | Updated: 31/08/2023 | mohdsyafiq

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEbVAE~