Program 'Welcoming Ceremony BPSP Holla! Rookie Rendezvous 2023' | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Program 'Welcoming Ceremony BPSP Holla! Rookie Rendezvous 2023'

Program 'Welcoming Ceremony BPSP Holla! Rookie Rendezvous 2023'



Serdang, 22 Oktober 2023 (Ahad) - Program ''Welcoming Ceremony BPSP Holla! Rookie Rendezvous 2023'' yang dianjurkan oleh Kelab Pendidikan Sains Pertanian (KPSP) telah berjaya mendapat sambutan yang hangat daripada seluruh warga pelajar Bacelor Pendidikan Sains Pertanian (BPSP). Program ini telah disertai oleh 123 orang pelajar dari tahun pertama hingga tahun akhir.
Penganjuran program ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara para pelajar BPSP selain bagi menyambut kehadiran pelajar baharu sesi 2023. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Ts. Dr. Mohd Hazwan Mohd Puad, Ketua Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal. Turut hadir penasihat KPSP, Dr. Enio Kang Mohd Sufian Kang, serta penyelaras ladang FPP, Ts. Dr. How Shwu Pyng.
Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan oleh jawatan kuasa program. Kemeriahan sambutan ini telah menjadi satu tunjang penggerak bagi merapatkan lagi hubungan antara pelajar baharu dengan pelajar yang sedia ada.

Date of Input: 29/10/2023 | Updated: 29/10/2023 | mohdsyafiq

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEbRAL~