PROGRAM TAKLIMAT FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN SEMPENA MINGGU PERKASA PUTRA SESI 2025/2026 | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » PROGRAM TAKLIMAT FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN SEMPENA MINGGU PERKASA PUTRA SESI 2025/2026

PROGRAM TAKLIMAT FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN SEMPENA MINGGU PERKASA PUTRA SESI 2025/2026

Mungkin imej satu orang atau lebih

 

Serdang, 8 Oktober 2025 – Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Program Taklimat Pelajar Baharu sempena Minggu Perkasa Putra bagi sesi akademik 2025/2026 bertempat di Auditorium 1 dan 2, FPP. Pada tahun ini, seramai 332 orang pelajar baharu telah mendaftar untuk mengikuti program Bacelor di FPP.
Program dimulakan dengan pergerakan masuk pelajar mengikut program masing-masing ke dalam Auditorium bermula seawal jam 9.00 pagi. Majlis rasmi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Putra Gemilang, diikuti dengan bacaan doa.
Ucapan aluan serta sesi pengenalan ahli pengurusan dan pegawai akademik telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa gembira dan mengalu-alukan kedatangan semua pelajar baharu ke FPP. Beliau turut menekankan kepentingan pelajar untuk mencapai kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga dalam pembentukan sahsiah dan nilai diri yang unggul.
Majlis diteruskan dengan Taklimat Akademik oleh Dr. Nor Azni Abdul Aziz, Timbalan Dekan (Akademik, Pelajar & Alumni). Beliau menerangkan aspek-aspek penting berkaitan hal ehwal akademik, etika pelajar serta disiplin yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh pengajian di universiti.
Fakulti berharap agar para pelajar baharu dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam persekitaran kampus, seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan akademik dan pembangunan diri selaras dengan moto “Berilmu Berbakti.”
 
Mungkin imej 5 orang, pembesar suara, dais dan teks  Mungkin imej 4 orang dan Orang yang belajar

Date of Input: 10/10/2025 | Updated: 10/10/2025 | intanzuliana

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
X, (12:02:34am-12:07:34am, 12 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]