Program Motivasi Transformasi Diri Melakar Kecemerlangan SPM Sesi 2023/2024 SMK Sri Serdang | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Program Motivasi Transformasi Diri Melakar Kecemerlangan SPM Sesi 2023/2024 SMK Sri Serdang

Program Motivasi Transformasi Diri Melakar Kecemerlangan SPM Sesi 2023/2024 SMK Sri Serdang



SERDANG – Fakulti Pengajian Pendidikan telah mengadakan Program Motivasi Transformasi Diri Melakar Kecemerlangan SPM Sesi 2023/2024 SMK Sri Serdang yang diadakan pada 7 September 2023. Seramai 250 orang pelajar yang telah hadir menyertai program ini.
Program dengan kerjasama pihak Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMK Sri Serdang dengan pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk memberikan semangat dan motivasi kepada murid untuk terus belajar bersungguh-sungguh. Ia dapat membuka minda ibu bapa, guru dan murid-murid untuk berusaha mencari kaedah terbaik bagi meningkatkan kecemerlangan dalam diri dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Program Motivasi sudah tentu menjadi satu kelaziman dan cukup sinonim dengan murid-murid terutama murid yang akan menghadapi peperiksaan awam. Sudah tentu program sebegini menjadi pemangkin utama dalam memastikan kesejahteraan murid dari aspek mental sentiasa terjaga. Usaha ini bukan sahaja dapat memberikan suntikan semangat, bahkan untuk meningkatkan keyakinan terhadap kemampuan diri, menghindarkan mereka daripada kelesuan dan memberi pendedahan kepada mereka proses pembentukan jati diri yang cemerlang.
Justeru, program sebegini dianjurkan sebagai satu usaha yang berterusan agar momentum murid untuk bergerak ke arah perancangan hidup sentiasa konsisten. Diharapkan, program ini mampu merealisasikan objektif yang digariskan seterusnya memberikan manfaat buat semua yang menyertainya.

Date of Input: 29/10/2023 | Updated: 29/10/2023 | mohdsyafiq

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEbOAU~