Program Motivasi Dan Asertif Diri Di Sekolah Menengah Ugama (A) Saadatul Qura, Kg. Bahagia, Kuala Krai, Kelantan | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Program Motivasi Dan Asertif Diri di Sekolah Menengah Ugama (A) Saadatul Qura, Kg. Bahagia, Kuala Krai, Kelantan

Program Motivasi Dan Asertif Diri di Sekolah Menengah Ugama (A) Saadatul Qura, Kg. Bahagia, Kuala Krai, Kelantan



KUALA KRAI - Pasukan Peduli Pendidikan Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) yang diketuai oleh Dr. Muhammad Asyraf Che Amat, Ketua Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling (JPKPK) telah mengadakan program Motivasi Dan Asertif Diri di Sekolah Menengah Ugama (A) Saadatul Qura, Kg. Bahagia, Kuala Krai, Kelantan baru-baru ini.
Program anjuran Fakulti Pengajian Pendidikan ini dengan kerjasama Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan juga Pusat Pengurusan Wakaf Zakat dan Endowment (WAZAN) UPM.
Objektif program ini adalah meningkatkan motivasi para pelajar bagi mencapai kecemerlangan, membina keyakinan diri, dan membantu pelajar memilih skop kerjaya di masa hadapan. Selain itu, para pelajar juga diberi pendedahan integrasi idea STEM dalam kehidupan seperti dalam bidang pertanian. Peserta juga berpeluang mengenali potensi diri berdasarkan kecenderungan, minat dan bakat dalam menentukan laluan kerjaya mereka kelak. Program ini juga turut memberi galakan dan motivasi kepada para pelajar untuk menyambung pelajaran sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
Perkongsian ilmu dan kepakaran kepada murid-murid, masyarakat dan komuniti menunjukkan kemampuan pegawai UPM khususnya ahli akademik dalam menyampaikan kepakaran di luar kampus. Integrasi ilmu dan kemahiran yang dikongsi amat bersesuaian bagi memberi inspirasi kepada golongan murid, guru dan masyarakat luar bandar dalam mencapai aspirasi negara.
Pada program ini, para pensyarah dan pegawai Fakulti juga turut dibawa ke dusun buah-buahan untuk merasai pengalaman memetik buah-buahan kampung. Terdapat pelbagai buah-buahan yang dapat dirasai seperti duku, manggis, salak, rambutan, kelapa dan juga durian. Para pegawai juga turut dibawa melawat ke perusahaan membuat tembikar secara tradisional di Kampung Mambong.

Date of Input: 29/10/2023 | Updated: 29/10/2023 | mohdsyafiq

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEbPAM~