PROGRAM MINI KARNIVAL INOVASI STEM 2024 (I-STEM2024) | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » PROGRAM MINI KARNIVAL INOVASI STEM 2024 (I-STEM2024)

PROGRAM MINI KARNIVAL INOVASI STEM 2024 (I-STEM2024)

PROGRAM MINI KARNIVAL INOVASI STEM 2024 (I-STEM2024)
Mungkin imej 5 orang dan teks

UPM SERDANG - 4 Januari 2024
Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (FPP) telah menganjurkan Program Mini Karnival Inovasi STEM 2024 (I-STEM2024). Tujuan program tersebut adalah untuk memberi pendedahan aplikasi pengetahuan dan kemahiran STEM dalam menghasilkan produk inovasi. Program yang disertai oleh 110 pelajar pendidikan bidang STEM iaitu bakal guru Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik telah menghasilkan produk- produk inovasi berasaskan bidang masing-masing.
Mini Karnival I-STEM2024 telah mendapat sambutan dari pelajar dan pegawai dari dalam dan luar Fakulti. Turut hadir beberapa guru sekolah yang tertarik dengan hasil inovasi yang dipamerkan. Menurut Dr. Nurzatulshima Kamarudin yg merupakan Pengerusi I-STEM2024, program yg dilaksanakan ini dapat mendedahkan kemahiran kreatif dan inovatif bakal guru STEM. Selain itu, pemamer yg merupakan bakal guru STEM juga mendapat peluang meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran profesionalisme mereka dalam berkomunikasi berkaitan kandungan kurikulum di luar bilik darjah.
Program I-STEM2024 turut dimeriahkan oleh kehadiran Dekan FPP, Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar , Timbalan Dekan Akademik Fakulti Sains Prof. Madya Dr. Siti Hasana Sapar, Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi dan Pendanaan FPP, Prof. Madya Dr. Nor Aniza Ahmad (A.A.P) serta Pengarah Akademi Sukan UPM, Prof. Dr Tajularipin Sulaiman. Selain itu kehadiran pengunjung pelbagai bidang juga dapat menguji pemamer mempromosi bidang STEM kepada mereka.

Dr. Nurzatulshima Binti Kamarudin
Pengerusi Program Mini Karnival Inovasi STEM 2024.

Mungkin imej 11 orang, Orang yang belajar dan teksMungkin imej 9 orang dan teks
Mungkin imej 9 orang, hospital, orang ramai dan teks yang berkata 'ULISH POSTER OPPO Reno8 Pro 5G ISTEM 2024 Serdang, Selangor 2024.01.04 10:35'
 

Date of Input: 23/01/2024 | Updated: 23/01/2024 | mohdsyafiq

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEbUAC~