“PROGRAM MASTERING THE INTERVIEW: INSIDER TIPS AND TRICKS” ANJURAN PERKESO DI FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
SERDANG, 5 Januari 2025 - Seramai 50 orang pelajar Bacelor Pembangunan Sumber Manusia dengan Kepujian (BSPSMDK) telah mengikuti program berkaitan Mastering the Interview anjuran PERKESO di Fakulti Pengajian Pendidikan UPM yang disampaikan oleh Puan Khadijah Aminah.
Pelajar telah didedahkan dengan format terbaru, teknik dan kaedah berkesan dalam penyediaan resume dan proses temuduga yang bertetapan dengan kehendak majikan terkini. Pelajar juga turut diberi peluang untuk melakukan aktiviti perundingan terus bersama pegawai-pegawai PERKESO yang berkaitan teknik temuduga yang berkesan dan kaedah penyediaan resume.
Bengkel yang diusahakan oleh Dr. Mohd Faiq Abd Aziz ini diakhiri dengan ucapan terima kasih kepada pihak PERKESO kerana banyak memberikan input berguna kepada pelajar untuk dimanfaatkan di dalam kerjaya mereka kelak.
Date of Input: 24/01/2024 | Updated: 24/01/2024 | zainz
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 SERDANG
SELANGOR
03-9769 8111 (PostGraduate)
03-9769 8117 (Undergraduate)