Program Kelestarian Hijau 2024 (K-HIJAU2024) | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Program Kelestarian Hijau 2024 (K-HIJAU2024)

Program Kelestarian Hijau 2024 (K-HIJAU2024)


Sabak Bernam, 18 Februari 2024 -Program K-Hijau2024 anjuran Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Petronas Gas Berhad dan Yayasan Hijau Malaysia telah diadakan pada 18 Februari 2024 di KRT Kg. Sg. Limau, Sabak Bernam, Selangor.
Bertemakan Melestarikan Alam Melalui Gaya Hidup Hijau program yang mendapat kunjungan pelbagai peringkat umur masyarakat sekitar ini menjadi platform dalam suntikan idea dan motivasi dalam mengubah gaya hidup hijau serta menangani isu pencemaran alam.
 
Pelbagai aktiviti dijalankan bersama komuniti yang turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Perpaduan Daerah Sabak Bernam, Pusat Transformasi Komuniti Universiti UCTC UPM, Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam, Tabika Kemas Othmaniah Sg. Limau, Ibu Pejabat Polis Sabak Bernam dan pelbagai agensi, industri serta komuniti sekitar. Menurut Pengarah K-Hijau2024, Dr Nurzatulshima Kamarudin, aktiviti keilmuan yg didedahkan secara santai menekankan gaya hidup hijau. Antaranya Senamrobik, Paddy Fun Run, Pancing Hijau, Bengkel Kelestarian Alam, Kanvas Tunas Hijau dan Kreativiti Kolaj. Penggunaan bahan kitar semula dan sisa domestik dijadikan intipati utama dlm setiap aktiviti yang dijalankan. Antaranya menggayakan aksesori dari bahan terbuang semasa Paddy Fun Run dan menggunakan sisa bahan buangan dapur sebagai umpan dalam Pancing Hijau.
 
Majlis Perasmian K-Hijau2024 telah disempurnakan oleh ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Hijau Malaysia, Dr Muiz Murad. Dalam ucapannya beliau sangat teruja dan menyokong penuh program penyebaran ilmu berkaitan kelestarian alam. Menurutnya, program yang dijalankan selari dengan Kempen Gaya Hidup Hijau yang diterajui oleh Kementerian Sumber Asli, Sekitar Alam Dan Perubahan Iklam ( NRECC). Turut hadir Puan Florence Oh Yeok Petronas Gas Berhad Ketua Komunikasi Strategik, Dr. A. L. Liza Binti Abd. Latip dari Klinik Kesihatan Sungai Besar, Ahmad Shaiful bin Mohamad Pegawai Perpaduan Daerah Sabak bernam danEn. Histam bin Tasrip, Pengerusi KRT Kg. Sg. Limau.
 
Program dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian oleh kanak- kanak Tabika Kemas Othmaniah Sg. Limau dan beberapa cabutan bertuah yang menjanjikan hadiah utama sebuah basikal sebagai simbolik program Gaya Hidup Hijau.
 

Date of Input: 29/02/2024 | Updated: 19/03/2024 | mohdsyafiq

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEbVAh~