Program Kelestarian Hijau 2023 (K-HIJAU2023) | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Program Kelestarian Hijau 2023 (K-HIJAU2023)

Program Kelestarian Hijau 2023 (K-HIJAU2023)

  

Program Kelestarian Hijau 2023 (K-HIJAU2023)
 
Sekinchan, 25 November 2023-Program K-Hijau2023 anjuran Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Petronas Gas Berhad dan Yayasan Hijau Malaysia Fasa Pertama telah diadakan pada 25 November 2023 di KRT Papitusulem, Sekinchan, Selangor.
Tema K-Hijau2023 iaitu ‘Melestarikan Alam Melalui Gaya Hidup Hijau’ merupakan suntikan idea dan maklumat dalam mengubah gaya hidup hijau serta menangani isu pencemaran alam sekitar.
Fasa pertama yang memfokus kepada perkongsian ilmu dan kemahiran berkaitan gaya hidup hijau telah disertai oleh 87 warga KRT Papitusulem dan komuniti sekitar. Turut hadir adalah Encik Mohd Nor Rashidi Mohd Saffer, wakil Petronas Gas Berhad.
 
Lima segmen yang menyentuh amalan gaya hidup hijau melalui idea teknologi hijau telah dilaksanakan.
 
Pegawai YaHijau, En. Muhamad Faiz Muhamad Pauzi menyantuni komuniti berkaitan *Kecekapan Tenaga* dengan memberi tips dalam penjimatan elektrik.
Bengkel transformasi sisa pepejal oleh Dr Nurzatulshima Kamarudin memberi idea kepada peserta dalam mengurangkan pembuangan sisa pepejal. Fokus idea kreatif dalam mencipta pasu dari botolplastik terpakai.
 
Terdapat 3 slot mengenai kelestarian hijau yang disampaikan oleh pensyarah-pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan iaitu:
1. Kehidupan lestari dan sumber pertanian membuat bokasi mengunakan hampas padi yang sudah dikeringkan, oleh *Dr. Enio Kang Sufian Kang*
2. Inovasi sisa domestik membuat sabun mengunakan minyak terpakai, oleh *Pn. Anis Zakaria*
3. Melahirkan keusahawanan digital masyarakat setempat, oleh *Dr. Arnida Abdullah*
Program KHijau2023 mendapat sambutan yg menggalakkan dan semua peserta teruja dalam mengamalkan Gaya Hidup Hijau.

Date of Input: 13/12/2023 | Updated: 13/12/2023 | mohdsyafiq

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEbSAK~