PROGRAM JOM MASUK UNIVERSITI 2024 | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » PROGRAM JOM MASUK UNIVERSITI 2024

PROGRAM JOM MASUK UNIVERSITI 2024

Serdang, 13 Jun 2024 - Fakulti Pengajian Pendidikan telah menerima lawatan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak, Pahang. Ahli lawatan terdiri dari 70 orang pelajar Pra Universiti (Tingkatan 6) dengan diiringi oleh 24 orang guru beserta Pengetua sekolah.

 

Pelajar telah disambut dan diberi taklimat oleh Dr. Mohd Faiq Abd. Aziz, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Pendanaan) dibantu oleh Dr. Siti Nadhirah Abd Rahmad, dari Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Dr. Jazihan Mahat dan Dr. Rose Manisah Sulong, Jabatan Asas Pendidikan.

 

Program Jom Masuk Universiti 2024 ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta maklumat lanjut berkenaan dengan hala tuju pelajar selepas tamat STPM.

 

Pemilihan Fakulti Pengajian Pendidikan sebagai Lokasi lawatan adalah kerana penawaran bidang pembelajaran di Unit Pra Universiti (Tingkatan 6) SMK Mengkarak adalah Bidang Sains dan Bidang Kemanusiaan.

Date of Input: 18/06/2024 | Updated: 18/06/2024 | mohdsyafiq

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
X, (05:22:46am-05:27:46am, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]