

PROGRAM JERAYAWARA PELAJAR ASPER20 KE FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
UPM SERDANG, 24 JANUARI 2025 - Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) telah menganjurkan Program Jerayawara Pelajar ASPER20. Program ini merupakan aktiviti yang baharu diperkenalkan oleh Pusat Asasi Sains UPM pada sesi ini bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar ASPer untuk menilai dan mendapat informasi awal berkaitan program yang akan dipilih oleh mereka di peringkat bacelor kelak. Pelajar dapat meningkatkan motivasi melalui sesi ceramah dan taklimat daripada fakulti.
Dr. Nor Azni Abdul Aziz, Timbalan Dekan (Akademik, Pelajar dan Alumni) mengalu-alu kehadiran para pelajar ASPER20 pada sesi pengenalan dan program ini juga melibatkan perkongsian para alumni ASPer. Dr. Siti Nadhirah Abd Rahman, penyelaras program BPTESL, berharap program ini dapat gambaran yang lebih jelas mengenai laluan akademik yang sesuai dengan minat dan cita-cita mereka.


Date of Input: 21/03/2025 | Updated: 21/03/2025 | mohdsyafiq

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 SERDANG
SELANGOR
03-97696200 (PostGraduate)
03-97696101 (Undergraduate)