PROGRAM JEJAK BUDAYA MADANI, BAHASA MELAYU DIJULANG GURU BAHASA MELAYU CEMERLANG BUDAYA DISAYANG | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » PROGRAM JEJAK BUDAYA MADANI, BAHASA MELAYU DIJULANG "GURU BAHASA MELAYU CEMERLANG BUDAYA DISAYANG

PROGRAM JEJAK BUDAYA MADANI, BAHASA MELAYU DIJULANG "GURU BAHASA MELAYU CEMERLANG BUDAYA DISAYANG



PROGRAM JEJAK BUDAYA MADANI, BAHASA MELAYU DIJULANG "GURU BAHASA MELAYU CEMERLANG BUDAYA DISAYANG
Rumah Inap Desa, Kampung Lonek, Jempol, Negeri Sembilan, 5 November 2023 - Program Jejak Budaya Madani, Bahasa Melayu Dijulang, dengan tema Guru Bahasa Melayu Cemerlang, Budaya Disayang merupakan program yang yang julung-julung kalinya diadakan oleh Kohort Mahawangsa pelajar Semester 7, Sesi Pertama 2023/2024.
Penganjuran program kali ini telah diterajui oleh saudara Muhammad Amer Shauqi. Program yang diadakan dengan tujuan merealisasikan Ikhtiar 3: Menjulang Pemerkasaan Mahasiswa dalam Naratif Naib Canselor UPM 2023. Program ini dirancang khusus bagi menghadirkan ilmu dan pengalaman survival dan jelajah budaya dan ranah Melayu. Malah, program ini juga akan menggabungkan elemen EKSA, pedagogi, kandungan ilmu dan keperluan membina jati diri bakal guru yang terdapat dalam kursus-kursus bagi Program Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian.
Pengisian bagi program yang berlangsung selama 3 hari dan 2 malam (3 - 5 November 2023) ini antaranya ialah:
~ Jelajah Kampung Lonek bagi melihat kehidupan masyarakat kampung (memancing secara tradisional)
~ Aktiviti menanam pokok dan mengecat tayar
~ Sukaneka Tradisional (Kelereng, Menarik Upih Kelapa, Bowling Kelapa, Semakin Jauh Semakin Sayang, Mengocah Ikan Sembilang)
~ Lawatan ke Teratak Zaa’ba
~ Forum Pemikiran Zaa’ba dalam Bahasa dan Sastera
~ Malam Gala Kebudayaan Melayu
~ Memasak Dodol
~ Mengemping Beras
~ Mempelajari Cara Membentuk Tikuluak Tanduak (Hiasan Kepala Orang Kampung)
~ Lawatan ke Industri Kecil dan Sederhana
~ Pembuatan Kuih Tradisional: Karas, Kapit, Biskut Kelapa)
~ Majlis Penutup Program dan Penyampaian Cenderamata
Program ini merupakan program usahasama dengan Koperasi Homestay Kampung Lonek (KOLONEK), Jempol Negeri Sembilan bagi menonjolkan dan mengekalkan budaya warisan masyarakat Melayu. Program ini mendapatan tajaan dana tunai dari penaja luar dan Kelab Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia dan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), UPM.
Program ini telah diserikan dengan kehadiran Prof. Madya Dr. Abu Bakar (Timbalan Dekan Akademik, Pelajar dan Alumni), Dr. Shamsudin Othman (Ketua Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan), Prof. Madya Dr. Rozita@Radhiah (Penyelaras Program Pascasiswazah Bahasa Melayu), Dr. Azhar Md Sabil (Penyelaras Program Master Pendidikan Jarak Jauh), Dr. Marzni Mohamed Mokhtar (Penyelaras Program BPBMDK/ Penasihat Program), Dr. Muhammad Zarif Hassan@ Zulkifli (Penasihat Kelab BPBMDK) dan Dr. Halis Azhan Mohd Hanafiah. Kesemua pensyarah ini juga turut sama mengambil bahagian bagi setiap pengisian yang dirancang. Warga Kelab BPBMDK juga turut memanjatkan doa bagi keselamatan penduduk Palestin sebagai tanda solidariti kebersamaan sokongan kami terhadap isu kemanusiaan kini.



Date of Input: 30/11/2023 | Updated: 30/11/2023 | mohdsyafiq

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEbUAY~