Program Hybrid Bicara Dari Hati 2.0 2025 | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Program Hybrid Bicara dari Hati 2.0 2025

Program Hybrid Bicara dari Hati 2.0 2025

Program Hybrid Bicara dari Hati 2.0 2025

 

 

   

Serdang 13 Jun – Bertempat di Bilik Oasis Ilmu, Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia berlangsung Program Hybrid Bicara dari Hati Bicara dari Hati 2.0 2025.

 

Program ini merupakan kesinambungan kepada kejayaan Program Bicara Hati yang telah dilaksanakan pada Jun 2023 oleh Fakulti Pengajian Pendidikan dengan kerjasama Yayasan Inspirasi, yang telah berjaya menarik penyertaan seramai 800 orang peserta. Pada kali ini, program ini telah dilaksanakan secara hibrid pada 13 Jun bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari di Bilik Oasis Ilmu, Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

 

Program ini menggunakan pendekatan perkongsian oleh tiga orang belia OKU Penglihatan iaitu Saudara Rashidi, Saudara Dinie dan Saudara Khairil tentang kisah kehidupan, ketekalan serta kesyukuran. Menurut Pengarah program iaitu Profesor Madya Dr.Nor Wahiza Abdul Wahat, program ini bertujuan untuk memberikan suntikan inspirasi, motivasi, serta membentuk nilai murni dalam kalangan pelajar melalui pendekatan yang menyentuh hati dan meningkatkan kesedaran kendiri.

 

Menerusi penganjuran program ini, diharapkan peserta dapat memperkukuh jati diri, memperhalusi emosi, dan menghargai peranan pancaindera dalam kehidupan seharian. Program ini dimoderasi oleh Y.Bhg Datin Fauziah Mohd Ramly, Pengerusi Yayasan Nur Inspirasi.

 

Seramai 172 orang staf Universiti Putra Malaysia dari pelbagai pusat tangggungjawab termasuk Universiti telah menghadiri program ini secara maya melalui Zoom. Manakala  sekumpulan pelajar dari kursus kesukarelawanan, Program Pembangunan Bacelor Pembangunan Sumber Manusia dengan Kepujian telah hadir secara fizikal

 

 

 

Date of Input: 20/06/2025 | Updated: 20/06/2025 | zainz

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
S, (11:14:40pm-11:19:40pm, 02 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]