Program Go Agri For Life | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Program Go Agri For Life

Program Go Agri For Life

May be an image of 9 people and text
TANJONG KARANG, 15 Jun 2023 (Khamis) - Fakulti Pengajian Pendidikan UPM bersama dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun Tanjong Karang telah menganjurkan Program Go Agri For Life kepada murid Tingkatan 4, 5 dan ahli Kelab Pertanian SMK Dato' Harun. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang hala tuju dalam bidang pertanian kepada murid selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), menanam minat murid terhadap pertanian serta persiapan awal laluan kerjaya dan pengajian tinggi dalam bidang pertanian.
Program Go Agri For Life menyediakan platform forum, demonstrasi dan lawatan tapak pertanian NFT. Panel forum menampilkan Ketua Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal, Ts. Dr. Mohd Hazwan Mohd Puad, pensyarah bidang Pendidikan Sains Pertanian, Ts. Dr. Enio Kang Mohd Sufian Kang, dan pengusaha fertigasi timun tempatan, En. Mohamad Khairul Mohd Amin. Seterusnya, demonstrasi dan lawatan tapak pertanian NFT diketuai oleh guru pelatih UPM, Cikgu Muhammad Adam Alimin Mohd Yusuf dan Cikgu Muhammad Khalil Ismail. Peserta program juga mendapat beg cenderahati sumbangan dari MR DIY. Terima kasih MR DIY.
Semoga sesi perkongsian dan kerjasama program ini berterusan dan memberikan impak kepada pelajar dan industri pertanian serta keterjaminan makanan negara.

Date of Input: 26/06/2023 | Updated: 26/06/2023 | mohdsyafiq

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEbQAy~