Program Eco Tani @ Kampung Angkat Madani Di Kampung Sawah Sempadan | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Program Eco Tani @ Kampung Angkat Madani di Kampung Sawah Sempadan

Program Eco Tani @ Kampung Angkat Madani di Kampung Sawah Sempadan

  

TANJONG KARANG, 27 Julai 2025 – Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melaksanakan satu siri Program Eco Tani @ Kampung Angkat Madani di Kampung Sawah Sempadan, melibatkan gotong-royong perdana dan bengkel penghasilan baja kompos sebagai usaha memperkasa komuniti luar bandar melalui pendidikan dan teknologi pertanian lestari.
Program ini menghimpunkan penyertaan aktif daripada komuniti setempat dan mahasiswa UPM serta penglibatan sukarelawan Skuad Putra UPM. Aktiviti bersama komuniti ini meliputi menceriakan kawasan kampung serta perkongsian ilmu pertanian yang menjadi pemangkin kepada Projek Kampung Angkat Madani selari dengan hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang kemudahan asas antara desa dan bandar.
 
    
 
Menurut Dr. Mohd Faiq Bin Abd Aziz selaku Ketua Projek, “aktiviti ini bukan sekadar satu usaha mencantikkan persekitaran, malah menjadi landasan awal yang memperkukuh hubungan universiti dengan komuniti melalui semangat gotong-royong, kolaborasi rentas sektor dan nilai kebersamaan” - ujarnya.
Selain gotong-royong, bengkel penghasilan baja kompos turut dijalankan khusus kepada penduduk kampung sebagai usaha memperkenalkan kaedah pertanian mampan yang mudah, mesra alam dan mampu menjana ekonomi isi rumah. Bengkel ini dikendalikan oleh Dr. Normala Ismail, pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan yang berpengalaman dalam bidang pendidikan pertanian dan kelestarian, telah menerima sambutan memberangsangkan daripada para peserta.
Usaha ini mencerminkan komitmen Fakulti Pengajian Pendidikan, (UPM) sebagai ejen transformasi masyarakat luar bandar, selaras dengan moto UPM 'Berilmu Berbakti'. Program yang dijalankan ini juga seiring dengan aspirasi Blueprint Keterjaminan Makanan UPM yang menegaskan peranan universiti dalam memberikan manfaat kepada Masyarakat.
 
  

Date of Input: 31/07/2025 | Updated: 31/07/2025 | intanzuliana

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
F, (09:13:25pm-09:18:25pm, 22 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]