PERTANDINGAN BENTO CERIA SIHAT MERIAHKAN READ@UNI FPP | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » PERTANDINGAN BENTO CERIA SIHAT MERIAHKAN READ@UNI FPP

PERTANDINGAN BENTO CERIA SIHAT MERIAHKAN READ@UNI FPP

Mungkin imej 11 orang, tudung kepala dan teks

 

Serdang, 9 Oktober 2025 – Read@Uni Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Bento Ceria Sihat bertempat Reading Corner, FPP UPM. Program ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat dan kreativiti penyediaan makanan berkhasiat dalam kalangan warga fakulti.
Program dimulakan dengan perkongsian bertajuk “Nutrisi untuk Gaya Hidup Sihat” oleh Dr. Roxana Dev Binti Omar Dev, Pegawai akademik dari Jabatan Pengajian Sukan yang memberi pendedahan mengenai kepentingan pengambilan makanan seimbang untuk kesihatan tubuh badan. Sesi tersebut diikuti oleh demo masakan sihat oleh Puan Noorizajune Abu Bakar, Ketua Penolong Pendaftar yang mempersembahkan resipi Egg Wrap dan Mango Salsa sebagai contoh hidangan mudah, berkhasiat dan menarik untuk dijadikan inspirasi penyediaan bento harian.
Sebanyak tujuh (7) penyertaan daripada jabatan-jabatan di FPP telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Hasil kreativiti peserta dinilai berdasarkan susun atur, kandungan nutrisi dan persembahan bento oleh panel juri iaitu Dr. Roxana Dev binti Omar Dev dan Puan Aziela binti Zainun dari Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah oleh Prof. Madya Dr. Nor Aniza Ahmad, Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Antarabangsa). Dalam ucapannya, beliau turut menekankan bahawa penganjuran program ini seiring dengan usaha universiti dalam menyokong agenda Planetary Health dan Sustainability Campus. Menurutnya, “Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melancarkan Kempen Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna dan Polisterina. Beliau menyeru seluruh warga FPP untuk mengamalkan penggunaan lunch box atau bekas makanan sendiri sebagai inisiatif mengurangkan plastik sekali guna. Usaha kecil ini memberi impak besar terhadap kelestarian alam sekitar dan kesihatan warga kampus.”
Jom Bawa Lunch Box!
Setiap kali anda membawa bekas makanan sendiri, anda membantu membuat pembelian lebih terancang, memilih makanan lebih sihat dan menjaga kualiti makanan.
Tarhiah kepada pemenang utama dan saguhati:
Tempat pertama: Puan Noor Dalila Abdul Rahim dan Cik Nur Farhana Mohamad Idris
Tempat kedua: Pn. Wan Noorhazimah Wan Nawi dan Puan Izzeti Liyana Ibrahim
Tempat Ketiga: Puan Rafidah Abdul Rashid
 

Date of Input: 10/10/2025 | Updated: 10/10/2025 | intanzuliana

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
F, (11:07:12pm-11:12:12pm, 25 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]