Perjanjian Tambahan Memorandum Persefahaman (MoU) Bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Perjanjian Tambahan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Perjanjian Tambahan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

SERDANG, 20 Julai - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman menandatangani Perjanjian Tambahan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini bagi menambah bidang kerjasama berkenaan Program Kebolehpasaran kepada graduan UPM.
YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan berkata MoU menerusi Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) UPM ini dapat membantu para graduan Universiti Putra Malaysia dalam melibatkan diri dengan Program Kebolehpasaran kepada graduan UPM dan meningkatkan ketersediaan dan kebolehpasaran graduan menerusi pendaftaran Portal Pekerjaan Kebangsaan MYFutureJobs.
"Penubuhan Hub Satelit MYFutureJobs di kampus UPM sebagai hub untuk pelajar serta para graduan UPM untuk mendapatkan informasi terkini dan peluang pekerjaan PERKESO dan UPM melalui perkongsian dan penganjuran program berkenaan dengan kerjaya merupakan peluang yang amat baik kepada seluruh pelajar UPM" katanya.
Turut hadir, Dekan FPP UPM Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Pendanaan), Prof. Madya Dr. Nor Aniza Ahmad, Ketua Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Prof. Madya Dr. Nor Wahiza Abdul Wahat dan Dr. Mohd Faiq Abd Aziz selaku penyelaras projek kerjasama. -FPP

May be an image of 6 people, dais and text

Date of Input: 01/08/2023 | Updated: 01/08/2023 | mohdsyafiq

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEbQAO~