Perbarisan Sempena Majlis Perasmian Sukan Staf (SUSTAF) 2023 | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Perbarisan sempena Majlis Perasmian Sukan Staf (SUSTAF) 2023

Perbarisan sempena Majlis Perasmian Sukan Staf (SUSTAF) 2023

SERDANG, 22 Julai - Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) telah terlibat dalam Perbarisan sempena Majlis Perasmian Sukan Staf (SUSTAF) 2023 di Stadium UPM baru-baru ini. FPP bersama beberapa gabungan PTJ lain seperti FBMK, FRSB, FSKTM, FHAS, IDEC, INTROP dan IPSAS telah memenangi dua (2) hadiah iaitu Motto
Terbaik
 
dan Tempat ke-5 Perbarisan Keseluruhan. Majlis Perasmian Sukan Staf (SUSTAF) UPM 2023 telah dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman. Majlis turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan, Fakulti Pengajian Pendidikan.
Beliau berkata SUSTAF 2023 ini membentuk semangat kebersamaan staf UPM serta menyediakan pasukan UPM untuk menyertai sukan yang lebih besar seperti Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) pada September ini dan Kejohanan Sukan Staf antara Universiti Malaysia (SUKUM) yang akan diadakan pada tahun hadapan.
Dalam pada itu, sebanyak lapan gabungan telah menyertai SUSTAF 2023 bermula pada 10 Julai lalu dan akan berakhir pada 4 Ogos 2023.

May be an image of 11 people, trumpet, clarinet, flag and text that says 'GABUNG G2 F 2'

Date of Input: 01/08/2023 | Updated: 01/08/2023 | mohdsyafiq

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEbSAt~