Pementasan Drama “Beruk” | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Pementasan Drama “Beruk”

Pementasan Drama “Beruk”

Mungkin imej 2 orang, pencahayaan, gitar, klarinet dan biola

UPM SERDANG, 15 Januari 2024 - Kohort Ekasukma Kelab Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian dari Fakulti Pengajian Pendidikan dan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Pementasan Drama “Beruk” yang berlangsung pada 15 Januari 2024 bertempat di Panggung Percubaan PKKSSAAS UPM.

Pelajar daripada Kohort Ekasukma ini telah berjaya mementaskan sebuah naskah yang diadaptasi daripada novel komponen sastera “Beruk” hasil karya Pengarang Negara iaitu Azizi Hj Abdullah.
Pementasan ini telah berjaya menarik minat pelajar dari Institusi luar antaranya dari Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Seramai lebih kurang 300 orang penonton hadir di Panggung Percubaan bagi menyaksikan pementasan hebat ini.

Mungkin imej 4 orangMungkin imej 9 orang, biola dan pencahayaanMungkin imej 2 orang dan teks

Date of Input: 23/01/2024 | Updated: 23/01/2024 | mohdsyafiq

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEbOAL~