Pelaksanaan Projek Pemindahan Ilmu Pertanian Dengan Kerjasama University Community Transformation Centre (UCTC) UPM | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Pelaksanaan projek pemindahan ilmu pertanian dengan kerjasama University Community Transformation Centre (UCTC) UPM

Pelaksanaan projek pemindahan ilmu pertanian dengan kerjasama University Community Transformation Centre (UCTC) UPM

UPM SERDANG , 25 Julai - Wakil daripada pihak Jabatan Pendidikan Sains Dan Teknikal, Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) telah mengadakan sesi lawatan tapak di BRDB Rotary (BRCR) Seri Kembangan pada Selasa 25 Julai 2023, bagi pelaksanaan projek pemindahan ilmu pertanian dengan kerjasama University Community Transformation Centre (UCTC) UPM. Lawatan ini telah diketuai oleh Pakar Pertanian Ts. Dr. How Shwu Pyng selaku Penyelaras Ladang FPP bersama beberapa Pegawai daripada Ladang FPP yang terdiri daripada Pegawai Pertanian En. Mohammad Sallehhuden, dan dua Penolong Pegawai Pertanian En. Uzaini dan Pn. Nurul Azika. Dalam masa yang sama diiringi oleh wakil UCTC UPM yang terdiri daripada Pegawai Pertanian En. Khairul Azmi dan Penolong Pegawai Pertanian En. Lukman Al Hakim. Kehadiran pasukan lawatan ini telah disambut baik oleh pihak pengurusan BRCR Seri Kembangan yang diketuai oleh En. Adib Nava Rengadhar Principal BRCR dan En. Muhammad Badrul Amin sebagai staf operasi di premis tersebut.
Kehadiran pasukan lawatan ini juga adalah untuk mendapatkan maklumat awal dari segi kelengkapan dan kefungsian fasiliti, teknologi dan aset pertanian yang sedia ada di BRCR Seri Kembangan untuk melancarkan perancangan dan pelaksanaan Projek “Little of Agriculture and Biodiversity (LAGRIBIO)” pada bulan Ogos 2023 yang akan datang. Antara pengisian lawatan yang dilakukan ialah sesi perbincangan untuk merangka beberapa projek mengikut modul pertanian yang bersesuaian. Sesi lawatan ini diteruskan dengan aktiviti melawat kawasan sekitar BRCR Seri Kembangan yang bakal dijadikan sebagai tapak program pemindahan ilmu pertanian. Melalui lawatan ini, pihak Ladang FPP dan UCTC berharap dapat mewujudkan jaringan rapat antara BRCR Seri Kembangan dengan UPM melalui pelaksanaan Projek “Little of Agriculture and Biodiversity (LAGRIBIO)” dalam tempoh setahun.

May be an image of 4 people
May be an image of 6 people and chess

Date of Input: 01/08/2023 | Updated: 01/08/2023 | mohdsyafiq

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEbTAd~