Minggu Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Fakulti Pengajian Pendidikan | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Fakulti Pengajian Pendidikan

Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Fakulti Pengajian Pendidikan



Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Fakulti Pengajian Pendidikan
Serdang, 6 November 2023 - Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Fakulti Pengajian Pendidikan UPM telah mengadakan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Fakulti Pengajian Pendidikan pada 1- 6 November 2023.
Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, FPP dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, memupuk budaya di mana semua warga fakulti komited untuk mencegah kemalangan, kecederaan dan penyakit pekerjaan.
Dedikasi jawatankuasa untuk menganjurkan Minggu KKP ini adalah seiring dengan amalan terbaik dalam standard keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pelbagai aktiviti seperti ceramah mengenai keselamatan dan kesihatan, ceramah kesihatan mental, ceramah kesihatan selain kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan telah diadakan sepanjang program tersebut. Latihan Pengungsian Bangunan dan Demo Alat Pemadam Api juga telah dilaksanakan sempena Minggu ini.
Menurut YBrs Prof Madya Dr Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan FPP, "adalah penting untuk setiap tempat kerja mewujudkan sistem Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) yang mampan. Ini diperkuatkan lagi dengan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals (SDG)) yang telah diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) yang menyasarkan semua negara memenuhi 17 matlamat bermula tahun 2016 hingga 2030. Matlamat ke-3 iaitu ‘Kesihatan dan Kesejahteraan yang baik’ dan matlamat ke-8, iaitu ‘Persekitaran kerja yang baik serta pertumbuhan ekonomi’ adalah sangat berkait rapat dengan agenda keselamatan dan kesihatan pekerjaan negara ke arah membolehkan rakyat negara ini melangkah ke masa depan yang lebih makmur dan lestari inklusif."
Tahniah diucapkan kepada jawatankuasa penganjur dan semua yang terlibat.
 
 

Date of Input: 30/11/2023 | Updated: 30/11/2023 | mohdsyafiq

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEbPAp~