Menyusur Jalur Cahaya: Kami Sentiasa Di Sisi 2023 | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Menyusur Jalur Cahaya: Kami Sentiasa di Sisi 2023

Menyusur Jalur Cahaya: Kami Sentiasa di Sisi 2023

Mungkin imej 6 orang, kayak dan teks
Putrajaya, 19 Ogos 2023 – Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia telah berjaya mendapat pengiktirafan dan dicatatkan di dalam Malaysia Book of Records bagi kejayaan program Menyusur Jalur Cahaya: Kami Sentiasa di Sisi 2023 yang melibatkan orang kurang upaya (OKU) daripada Persatuan Orang Buta Malaysia. Seramai enam puluh (60) orang ahli Persatuan Orang Buta Malaysia telah berjaya melakukan aktiviti berkayak bersama-sama enam puluh (60) orang fasilitator daripada Fakulti Pengajian Pendidikan di Tasik Putrajaya.
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM. Beliau berkata program adalah selari dengan salah satu nilai teras dalam Malaysia MADANI, iaitu ihsan, yang memfokuskan keharmonian masyarakat dalam memberi belas ihsan akan nasib semua pihak melalui tindakan pembedayaan kemanusiaan. Melalui program ini, diharapkan dapat meningkatkan keyakinan dan ketekalan dalam kalangan orang kurang upaya penglihatan yang terlibat. Selain itu, program ini dapat memupuk budaya sukan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ia juga merubah kecenderungan daripada kurang aktif kepada masyarakat aktif dalam mencorak revolusi kesihatan dan kesejahteraan yang merubah dunia.
Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan FPP berkata program ini merupakan salah satu inisiatif daripada Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman apabila menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) pada 7 Mac 2023. Melalui artikel II MoU (bidang kerjasama) iaitu perlaksanaan program-program latihan pembangunan bagi orang kurang upaya penglihatan, Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) , UPM, telah menyuarakan cadangan di bawah kerjasama Jabatan Pengajian Sukan dan Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan untuk mengadakan satu program sukan berkayak bersama ahli-ahli Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia. Program ini seiring dengan Ikhtiar Ke-2 naratif Naib Canselor UPM iaitu ‘Menjajarkan Penyelidikan dan Jaringan Ke Arah Inovasi Sosial’ yang boleh menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat serta memenuhi keperluan dan aspirasi nasional.
Untuk merelialisasikan program berkayak ini, Rekreasi Air Sisiran Floria, Putrajaya telah menjadi penganjur bersama selain sokongan daripada Perbadanan Putrajaya. Program ini turut mendapat penajaan daripada Emas Annuar, Mc Donalds Putrajaya DT, Chapter Alumni JPPPL, Zai Sri Gemilang, Persatuan Alumni Pendidikan Jasmani, Momna Home Bakery, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Pengajian Sukan.
Turut hadir, Pendaftar UPM, Encik Muhazam Mansor, Timbalan Presiden Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), Datin Fauziah Mohd Ramly, Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), Dato’ George Thomas, YBhg. Dato’ George Thomas, Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), Pengarah Alam Sekitar Perbadanan Putrajaya, Pn Ruhselah Ismail, Pengurus Besar Putrakorp, Rekreasi Air Sisiran Floria, Pn. Suzita Tusirin, Perunding Kanan Rekod, Malaysia Book of Records, Pn Siti Hajar Johor, Pengarah Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dan Pengarah Akademi Sukan UPM.
Mungkin imej 3 orang dan teksTiada huraian foto disediakan.

Date of Input: 31/08/2023 | Updated: 31/08/2023 | mohdsyafiq

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEbOAw~