SERDANG, 24 April - Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) telah menganjurkan Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2025 FPP dengan penuh keceriaan pekarangan, FPP bermula jam 11:00 pagi.
Majlis yang meriah ini telah dihadiri oleh staf dan pelajar FPP yang mengenakan pakaian tradisional masing-masing sambil menikmati juadah raya yang disediakan.
Educ Club dan FEDSSCO selaku penganjur merakamkan ucapan terima kasih kepada yang terlibat dan hadir. Dr Shamsulariffin Samsudin selaku President Educ Club berkata, "saya dengan penuh takzim menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan berterima kasih kepada semua warga FPP kerana sudi meluangkan masa bersama meraikan sambutan Aidilfitri dalam suasana muhibah pada tahun ini.'
Date of Input: 30/04/2025 |
Updated: 02/05/2025 | intanzuliana
MEDIA SHARING