LAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR AKADEMIK & ANTARABANGSA KE FPP | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » LAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR AKADEMIK & ANTARABANGSA KE FPP

LAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR AKADEMIK & ANTARABANGSA KE FPP

Mungkin imej 14 orang, dais dan teks yang berkata 'Leadingi in DUCATIONAL FOUCATIONALSTUD UCATIK STUDIE'

 

Serdang, 30 September 2025 – Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), UPM telah menerima kunjungan YBhg. Prof Ir. Dr. Abd Rahim bin Abu Talib, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dalam satu sesi lawatan ringkas bagi meninjau fasiliti fakulti sebelum bermulanya kuliah semester baharu.
Lawatan yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi ini memberi tumpuan kepada beberapa fasiliti utama FPP termasuk bilik kuliah, makmal, Putra Future Classroom, PI2, Bilik Seewo, Bilik Tayang FPP, Audi torium FPP dan fasiliti lain.
Dalam sesi tersebut, YBhg. Timbalan Naib Canselor berkesempatan meninjau persediaan fakulti dalam memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap terbaik bagi menyambut kehadiran pelajar.
Kerjasama semua pihak termasuk Jawatankuasa Pengurusan, staf akademik serta pelaksana dan pentadbiran amat dihargai dalam memastikan persekitaran fakulti sentiasa teratur dan bersedia.
 

Date of Input: 10/10/2025 | Updated: 10/10/2025 | intanzuliana

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
X, (12:27:26pm-12:32:26pm, 06 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]