Lawatan Pelajar Program Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia Dengan Kepujian Ke Jabatan Perusahaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Lawatan Pelajar Program Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia dengan Kepujian ke Jabatan Perusahaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia

Lawatan Pelajar Program Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia dengan Kepujian ke Jabatan Perusahaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia

10 April 2023, Serdang

Lawatan Pelajar Program Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia dengan Kepujian ke Jabatan Perusahaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia

Baru-baru ini seramai 60 pelajar kursus pengurusan prestasi (DCE3606) telah melakukan lawatan sambil belajar ke Jabatan Perusahaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya.
Sesi lawatan ini dibahagikan kepada dua kumpulan, sesi pagi dan sesi petang. Setiap satu sesi ini terdiri daripada 28-30 pelajar dan pensyarah iringan (Prof Madya Dr Nor Wahiza Abdul Wahat dan Dr Mageswari Kunasegaran). Sesi pagi dikendalikan oleh Encik Mohamad Nor Arif bin Ghazali manakala sesi petang diuruskan oleh Penolong Pengarah Bahagian Perusahan Puan Farazeta binti Mohd Iani. Pengawai lain yang membantu ialah Puan Suriza binti Sulaiman dan Encik John Mark.

 

 Pelajar didedahkan tentang akta dan peranan perusahaan perindustrian, pengurusan prestasi dan peranan indeks keharmonian perusahaan. Pendedahan tentang akta, masalah serta penyelesaian pertikaian perusahaan menambah ilmu baru kepada para pelajar tahun 3.

Indeks keharmonian perusahaan pula membuka minda pelajar bahawa kebajikan pekerja di sektor swasta sentiasa dilindungi dan dijamin oleh pihak Kementerian Sumber Manusia. Pelajar aktif semasa sesi soal jawab.

Program diakhiri dengan kata-kata semangat untuk pelajar serta pelawaan membuat latihan industri di Bahagian Perusahaan Perindustrian.

 

 

 

 

Date of Input: 14/04/2023 | Updated: 18/04/2023 | zainz

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEbIAq~