Kursus Pembuatan Sabun | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Kursus Pembuatan Sabun

Kursus Pembuatan Sabun



Serdang, 13 Oktober - Fakulti Pengajian Pendidikan telah menganjurkan Kursus Pembuatan Sabun kepada staf pelaksana. Kursus yang dihadiri oleh 20 orang peserta ini telah diajar oleh Puan Musliyana Mansor dari Institut Biosains, UPM.
Melaui kursus ini, staf pelaksana telah diberi peluang untuk mempelajari cara pembuatan sabun menggunakan teknik "melt and pour" secara hands-on. Ini secara tidak langsung dapat memberi nilai tambah kepada mereka yang mana seterusnya boleh sama-sama berkongsi ilmu semasa program jaringan kepada pihak luar (komuniti sekolah atau masyarakat).
Sebagai sebuah PTJ yang terlibat secara langsung dengan projek komuniti di sekolah dan kanak-kanak, maka salah satu program yang boleh dilaksanakan bersama dengan pihak sekolah adalah penghasilan sabun. Program ini diharap akan membantu meningkatkan keterlihatan fakulti melalui melalui aktiviti kesedaran tentang kebersihan di kawasan luar bandar dan kanak-kanak orang asli contohnya. Sabun akan diberikan kepada kanak-kanak dalam menggalakkan mereka menjaga kebersihan dan permainan dalam sabun ini dijadikan sebagai reward.
Rata-rata peserta melahirkan rasa gembira dan teruja kerana diberi peluang mempelajari dan berkreativiti sendiri dalam penghasilan sabun ini.
 

Date of Input: 29/10/2023 | Updated: 29/10/2023 | mohdsyafiq

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEbVAD~