Konferens Antarabangsa Pengurusan Pendidikan Islam | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Konferens Antarabangsa Pengurusan Pendidikan Islam

Konferens Antarabangsa Pengurusan Pendidikan Islam

May be an image of 1 person, studying and office
SERDANG - Konferens Antarabangsa Pengurusan Pendidikan Islam telah diadakan pada 22 Ogos 2023 yang mengangkat tema ‘Peluang dan Tantangan Lembaga Pendidikan Islam di Era 5.0’. Konferens ini adalah anjuran bersama Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM dengan Institut Agama Islam Darussalam (IAIDA), Blokagung-Banyuwangi, Jawa Timur, Indonesia. Majlis perasmian oleh Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan, Prof Madya Dr Wan Marzuki Wan Jaafar telah diadakan di Auditorium FPP pada jam 9.00 pagi.
Dekan FPP menyambut baik kerjasama dalam bentuk penyelidikan, konferens, webinar dan aktiviti kemasyarakatan yang dapat dibangunkan dan dimanfaatkan oleh kedua-dua institusi dan negara. Wakil delegasi dari IAIDA diketuai oleh Rektornya sendiri iaitu Dr Haji Ahmad Munib Syafa’at juga sangat menekankan kerjasama erat antara Malaysia dan Indonesia khasnya antara UPM dan IAIDA bagi memacu kemajuan dalam bidang pendidikan khasnya di peringkat sarjana dan kedoktoran.
Sebanyak 36 kertas kerja dalam kalangan mahasiswa peringkat sarjana dan beberapa orang pensyarah telah dibentangkan di lima buah bilik sesi pembentangan selari. Pihak IAIDA turut menyatakan hasrat untuk mengadakan MOU dengan FPP, UPM dalam masa terdekat untuk memastikan kerjasama antara kedua-dua institusi dapat dilakukan secara lebih terancang dan meraih manfaat yang besar antara kedua-dua pihak khasnya dalam mendepani cabaran dunia pendidikan tinggi era 5.0 kini.

May be an image of 7 people and text

Date of Input: 31/08/2023 | Updated: 31/08/2023 | mohdsyafiq

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEbUAF~