Kelab Pendidikan Sains Pertanian (KPSP), Jabatan Pendidikan Sains Dan Teknikal (JPST) - Hari Keluarga KPSP Di Bukit Ekspo | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Kelab Pendidikan Sains Pertanian (KPSP), Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal (JPST) - Hari keluarga KPSP di Bukit Ekspo

Kelab Pendidikan Sains Pertanian (KPSP), Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal (JPST) - Hari keluarga KPSP di Bukit Ekspo

Mungkin imej rumput dan teks
SERDANG, 7 Januari 2024 (Ahad) - Kelab Pendidikan Sains Pertanian (KPSP), Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal (JPST) telah mengadakan hari keluarga KPSP di Bukit Ekspo, Pusat Pertanian Putra (PPP) bermula 830 pagi sehingga 1 petang. Program ini yang telah dihadiri oleh kesemua kohort program Bacelor Pendidikan Sains Pertanian dengan Kepujian (BPSPDK) bertujuan memupuk kerjasama selain mengeratkan ukhuwah sesama ahli KPSP.
Pada kali ini, program telah dikelola oleh kohort Victrix, dibantu oleh Panthera. Sementara itu, kohort Xanthrons bertindak sebagai pembimbing dan pemantau. Pelbagai aktiviti dan permainan telah dijalankan seperti 'Empuk Jeru', 'Tic Tac Toe', 'Teropong Bola' dan lain-lain lagi yang dapat membina interaksi dan memupuk ukhuwah antara peserta. Hadir merasmikan program adalah YBhg. Prof. Madya Dr. Abu Bakar Mohamed Razali, Timbalan Dekan Akademik, Pelajar dan Alumni. Turut hadir adalah Ketua JSPT, YBrs. Ts. Dr. Mohd Hazwan Mohd Puad, penasihat KPSP, Ts. Dr. Enio Kang Mohd Sufian Kang, Penyelaras Ladang FPP, Ts. Dr. How Shwu Pyng dan Penolong Pegawai Pertanian, Pn. Nurul Azika Abd Jalil. Walaupun program diselangi dengan renyai hujan, namun semua yang dirancang berjalan lancar dan tamat dengan jayanya.

Enio Sufian
Mohd Hazwan
Shwu Pyng

Mungkin imej 10 orang, orang senyum dan teksMungkin imej 10 orang, orang bermain bola sepak dan klarinetMungkin imej 10 orang dan teksMungkin imej 10 orang, orang bermain bola sepak dan klarinet

Date of Input: 23/01/2024 | Updated: 23/01/2024 | mohdsyafiq

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEbVAj~