JERAYAWARA JAMINAN KUALITI AKADEMIK @ FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » JERAYAWARA JAMINAN KUALITI AKADEMIK @ FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

JERAYAWARA JAMINAN KUALITI AKADEMIK @ FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

Mungkin imej satu orang atau lebih, televisyen dan hospital  Mungkin imej tudung kepala dan teks

Serdang, 17 Oktober 2025 – Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjadi tuan rumah kepada Program Jerayawara Jaminan Kualiti Akademik anjuran Pusat Jaminan Kualiti (CQA), UPM yang berlangsung hari ini.
Program jerayawara ini bertujuan memperkukuh kefahaman tentang keperluan terkini Jaminan Kualiti Akademik, mempertingkat tanggungjawab pengurusan kualiti akademik, serta menjadi medan perbincangan antara CQA dan fakulti berkaitan isu serta cabaran pelaksanaan jaminan kualiti akademik di peringkat fakulti.
Jerayawara ini turut memberi peluang kepada pemilik program akademik untuk mendapatkan konsultasi secara langsung daripada pihak CQA bagi memastikan pematuhan terhadap keperluan dan piawaian universiti yang ditetapkan.
Program jerayawara ini turut dihadiri oleh Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan, Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar serta Pengarah Pusat Jaminan Kualiti (CQA) UPM, Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria, bersama pasukan CQA.
Dalam ucapannya,Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria menekankan kepentingan kefahaman menyeluruh terhadap pelaksanaan Jaminan Kualiti Akademik di semua peringkat fakulti.
“Jaminan kualiti bukan sekadar memenuhi keperluan dokumentasi, tetapi merupakan budaya kerja yang perlu dihayati bersama bagi memastikan kecemerlangan akademik dan reputasi universiti terus terpelihara,” katanya.
Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Dekan FPP dan diteruskan dengan pembentangan oleh wakil CQA. Seterusnya, sesi bersama pemilik program diadakan mengikut jabatan di Q-Hub bagi memperincikan keperluan penambahbaikan dan pelaporan kualiti akademik.
Penganjuran Program Jerayawara Jaminan Kualiti Akademik ini diharap dapat memperkukuh budaya kualiti dan kecemerlangan akademik dalam kalangan warga FPP, sejajar dengan aspirasi UPM untuk terus unggul dalam pendidikan tinggi.
 
Mungkin imej belajar, dais dan teks  Mungkin imej satu orang atau lebih, Orang yang belajar, hospital, dais dan teks
 
Mungkin imej satu orang atau lebih, bilik berita dan teks  Mungkin imej satu orang atau lebih dan teks yang berkata 'EDUCATIONAL STUDIES'
 
 

Date of Input: 23/10/2025 | Updated: 23/10/2025 | intanzuliana

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
X, (01:20:37pm-01:25:37pm, 06 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]