SERDANG, 8 Jun - Innovation Showcase @ PFC 2023 telah dianjurkan oleh
PUTRA Future Classroom pada 8 Jun 2023 (Khamis) dengan diwarnai program Innovation Competition, Robotic Competition, E-Sports Fiesta, Innovative Talk, Innovative Workshop, termasuk pameran pelajar dan industri, Pasar Gembira, Spa Kecantikan dan Mini Karnival Kerjaya.
Program Innovation Showcase @ PFC 2023 telah menyaksikan 74 peserta individu telah membentuk 10 kumpulan Robotic Competition, 107 penyertaan Innovation Competition yang melibatkan lebih 440 inovator dan penyelidik dari FPP, UPM, institusi pengajian tinggi luar UPM dan antarabangsa, 10 kumpulan yang terdiri dari 55 individu pemain Mobile Legends E-Sports, ratusan pelawat, pengunjung dan peserta ke pameran inovasi, Innovative Talk, Innovative Workshop, Mini Karnival Kerjaya, Spa dan Pasar Gembira.
Semoga berjumpa di program Innovation Showcase @ PFC yang akan datang.
Date of Input: 26/06/2023 |
Updated: 26/06/2023 | mohdsyafiq
MEDIA SHARING