HARI KELUARGA KELAB BACELOR PENDIDIKAN BAHASA MELAYU DENGAN KEPUJIAN | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » HARI KELUARGA KELAB BACELOR PENDIDIKAN BAHASA MELAYU DENGAN KEPUJIAN

HARI KELUARGA KELAB BACELOR PENDIDIKAN BAHASA MELAYU DENGAN KEPUJIAN



Serdang, 22 OKTOBER 202 - Hari Keluarga Kelab BPBMDK ini merupakan program tahunan yang diadakan bagi meraikan pelajar baharu Program BPBMDK Sem1 Sesi 2023. Pelbagai pengisian diadakan bagi merapatkan ukhuwah sesama ahli seperti senamrobik, sukaneka, penyampaian hadiah dan hamper, cabutan bertuah, dan amanat Dekan.
Program ini telah dihadiri oleh semua warga kelab yang terdiri daripada empat kohort iaitu Mahawangsa (Sulung), Ekasukma (Tengah), Keris Mas (Kecil) dan Zaaba (Bongsu). Malah, program ini diserikan lagi dengan kehadiran Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar (Dekan FPP), Prof. Madya Dr. Abu Bakar (Timbalan Dekan Akademik, Pelajar dan Alumni), Dr. Shamsudin Othman (Ketua Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan), Dr. Marzni Mohamed Mokhtar (Penyelaras Program BPBMDK) dan Dr. Muhammad Zarif Hassan@ Zulkifli (Penasihat Kelab BPBMDK). Penganjuran hari keluarga kali ini telah diterajui oleh Kohort Keris Mas yang diketuai oleh saudara Muhammad Naim.
Warga Kelab BPBMDK juga turut memanjatkan doa bagi keselamatan penduduk Palestin sebagai tanda solidariti kebersamaan sokongan kami terhadap isu kemanusiaan kini.

May be an image of 13 people

Date of Input: 29/10/2023 | Updated: 29/10/2023 | mohdsyafiq

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEbOAI~