FPP Terajui Projek Putra ROBECARE: Prihatin Baik Pulih Jubah Konvokesyen UPM | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » FPP Terajui Projek Putra ROBECARE: Prihatin Baik Pulih Jubah Konvokesyen UPM

FPP Terajui Projek Putra ROBECARE: Prihatin Baik Pulih Jubah Konvokesyen UPM

Mungkin imej 3 orang dan tudung kepala  Mungkin imej 11 orang dan teks

Serdang, 28 Ogos – Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui penglibatan sukarelawan pelajarnya telah menjayakan projek sulung Putra ROBECARE anjuran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), yang memberi fokus kepada kerja-kerja membaik pulih jubah konvokesyen universiti.
Projek rintis yang diketuai oleh Dr. Rahimah Jamaluddin dari Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal, FPP ini bertujuan membaik pulih jubah konvokesyen UPM sebelum Majlis Konvokesyen 2025 bagi memastikan graduan dapat menggunakan jubah yang kemas dan sempurna pada hari istimewa mereka.
 
Mungkin imej 4 orang dan teks  Mungkin imej 1 orang, tudung kepala dan teks
 
Sebagai langkah awal, seramai sebelas (11) orang pelajar FPP terlibat secara aktif dan berjaya membaiki sebanyak 261 jubah Bacelor dalam tempoh hanya dua hari. Projek ini memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan yang bermakna ini.
Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan, Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar berkata, “Projek ini bukan sahaja mencerminkan keprihatinan FPP terhadap kesejahteraan pelajar UPM, malah turut membudayakan nilai sukarelawan, tanggungjawab sosial dan keterampilan kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa. Kami percaya pengalaman ini akan menjadi satu latihan kehidupan sebenar yang memberi impak jangka panjang kepada diri pelajar.”
FPP komited untuk terus mendukung agenda universiti dalam memperkukuh budaya kesukarelawanan, kelestarian dan inovasi sosial selaras dengan aspirasi UPM sebagai universiti bertaraf dunia.

Date of Input: 28/08/2025 | Updated: 28/08/2025 | intanzuliana

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
X, (01:12:49am-01:17:49am, 12 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]